Expo Kerjaya Dan Keusahawanan CEM, UPM Bantu Pelajar UPM Dan IPT Cari Pekerjaan | Universiti Putra Malaysia
» BERITA » Expo Kerjaya dan Keusahawanan CEM, UPM bantu pelajar UPM dan IPT cari pekerjaan

Expo Kerjaya dan Keusahawanan CEM, UPM bantu pelajar UPM dan IPT cari pekerjaan

Oleh Syifarida Muhamad Zaki

SERDANG, 26 April – Ekspo kerjaya dan Keusahawanan 2017 anjuran Pusat Pembangunan Keusahawanan & Kebolehpasaran Graduan (CEM), Universiti Putra Malaysia (UPM) selama dua hari membantu bakal graduan UPM serta pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta mencari peluang pekerjaan yang bersesuaian.

Pengarah CEM, UPM, Dr. Mass Hareeza Ali@Hamid berkata ekspo itu disertai lebih daripada 50 syarikat tempatan dan antarabangsa menawarkan lebih 4,000 peluang pekerjaan yang menghubungkan pelajar UPM dan graduan baharu dengan majikan.

“Ekspo ini juga sabagai satu platform yang dapat membantu memantapkan budaya keusahawanan menerusi aktiviti keusahawanan dengan menyediakan persekitaran dan ekosistem yang kondusif kepada usahawan yang mencari peluang perniagaan,” katanya.

Ekspo yang dianjurkan kali ketujuh itu bertujuan meningkatkan kebolehdapatan dan kebolehpasaran graduan UPM dan mensasarkan sekurang-kurangnya 75% pelajar tahun akhir mengikuti program itu.

Selain itu, ia bertujuan meningkatkan bilangan syarikat, agensi alumni, organisasi yang mengambil dan menemuduga graduan serta meluaskan jaringan kerjasama antara pihak industri dengan UPM.

Antara acara yang menarik sepanjang ekspo itu ialah sesi perkongsian perjalann kerjaya Inwinccible X Journey Dr. Soo Wincci,  slot Benefit of Volunteerism oleh penceramah jemputan dari Singapura, Encik Khairil Rassidy, cabutan bertuah, slot Grooming for Success, PROTON safety Awareness, Entrepreneurship Bazaar dan Food Truck.

Ekspo dilancarkan oleh Naib Canselor UPM, Prof. Datin Paduka Dr. Aini Ideris.

Kemaskini:: 04/05/2017 [syifarida]

PERKONGSIAN MEDIA

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
1800 22 5587
+603 8948 7273
C1506300240