Dusun Mangga Khas Untuk Menggalakkan Pemuliharaan Alam Sekitar | Universiti Putra Malaysia
» BERITA » Dusun Mangga Khas Untuk Menggalakkan Pemuliharaan Alam Sekitar

Dusun Mangga Khas Untuk Menggalakkan Pemuliharaan Alam Sekitar

Oleh Noor Eszereen Juferi
Foto oleh Mohammad Izrul Abdul Jabar 



SERDANG, 22 Mac (UPM) -  Sekolah Pengajian Siswazah Universiti Putra Malaysia (UPM) bersama pelajar siswazah UPM International Students Association (UPMISA) telah menganjurkan satu dusun mangga khas yang digelar sebagai “Putra Sarjana 2014” bagi memberi pendedahan dalam menjaga alam sekitar.

Dekan Sekolah Pengajian Siswazah, Prof. Dr. Bujang Kim Huat berkata dusun itu bertujuan untuk memberikan pendidikan kepada pelajar sarjana yang baharu mengenai  kepentingan memulihara alam sekitar bagi generasi masa depan.

“Program penanaman pokok Putra Sarjana ini merupakan salah satu usaha ke arah menjayakan kempen Kampus Hijau serta  memberikan pendedahan kepada pelajar pasca siswazah UPM berkenaan kepentingan mempertingkatkan persekitaran hijau bagi menjamin keselesaan generasi pada masa akan datang,” katanya semasa majlis perasmian program penanaman pokok mangga Putra Sarjana 2014 di sini.



Tambah beliau, program  tersebut adalah kesinambungan daripada inisiatif awal Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) yang telah melancarkan Kempen Kampus Hijau antaranya menggalakkan penggunaan basikal dan sifat penggunaan bekas polistirena di dalam kampus.

“Program ini turut melibatkan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), UPM International Student Association (UPMISA) dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Taman Pertanian Universiti adalah bertepatan dengan pengiktirafan UPM yang dikategorikan antara 50 universiti terbaik di dunia dalam bidang pertanian dan perhutanan,” katanya.

Sementara itu, program itu turut diserikan dengan kehadiran Kedutaan Besar Fiji, Meli Bainimarama, Kedutaan Besar Sudan, Khalid Abdel Gadir Syukri dan wakil Kedutaan Besar Nigeria, Makwe S. Victor.

Sebanyak 22 klon pokok mangga di kawasan lapang bersebelahan Anjung Putra yang dijadikan kawasan berkonsepkan dusun mangga yang dikenali sebagai ‘UPM International Mango Grove’ (atau Dusun Mangga Antarabangsa UPM).

Antara 22  jenis spesis klon mangga yang boleh di tanaman di Malaysia antaranya Alimali, Apple, Bahagia, Bombay Green, Chok Anan, Emelie, Epal Merah, Harumanis, Kalamel, Kuini, Lebai Dollah, Madu, Malgoa, Manalagi, Mangga Telur, Merbok, Nam Dok Mai, Taiwan, Tandoop, Udang, YTM Bulat dan YTM Panjang.

Kawasan ini secara langsung  akan membantu menaikkan imej UPM sebagai universiti yang menghargai keberadaan pelajar antarabangsa dalam usaha mempertingkatkan bilangan pelajar antarabangsa di UPM di masa depan. – UPM/nej/kgo


Tarikh Input: | Kemaskini: | hairul_nizam

PERKONGSIAN MEDIA

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1000
+603 8948 7273
C1563472311