Dua Pensyarah UPM Wakili Negara Ke Mesyuarat Ke-66 Lindau Nobel Laureate | Universiti Putra Malaysia
» BERITA » Dua pensyarah UPM wakili negara ke Mesyuarat ke-66 Lindau Nobel Laureate

Dua pensyarah UPM wakili negara ke Mesyuarat ke-66 Lindau Nobel Laureate


Oleh: Noor Eszereen Juferi

KUALA LUMPUR, 9 Jun - Dua pensyarah Fakulti Sains, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Yap Wing Fen dan Dr. Farah Diana Muhammad dipilih sebagai saintis muda negara oleh Akademi Sains Malaysia (ASM) sebagai wakil negara ke Mesyuarat Lindau Nobel Laureate ke-66 di Jerman.

Presiden ASM, Tan Sri Datuk Dr. Ahmad Tajuddin Ali berkata program itu yang bermula dari 26 Jun hingga 1 Julai ini bertujuan memberikan pendedahan dan membina jaringan bersama saintis terkemuka di peringkat antarabangsa.

Dr. Yap Wing Fen adalah Pensyarah Kanan di Jabatan Fizik, manakala Dr. Farah Diana, Pensyarah Kanan, Jabatan Fizik masing-masing di Fakulti Sains, UPM.

Sementara itu, pelajar Bacelor Sains (Kepujian) Major Fizik, Fakulti Sains UPM, Muhammad Safwan Zaini turut terpilih mengikuti Program Musim Panas Penyelidikan Nuklear Eropah (CERN) yang juga bermula serentak di Geneva, Switzerland. – UPM


Kemaskini:: [eszereen]

PERKONGSIAN MEDIA

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
1800 22 5587
+603 8948 7273
C1506300172