| Universiti Putra Malaysia

Dua beradik terima Ijazah Bacelor Sastera

Oleh Auliyaa Putri Ulfan

Foto oleh Marina Ismail, Noor Azreen Awang & Mohd Hasrul Hamdan

SERDANG, 4 Nov – Dua beradik Tuan  Zuzahirudin Tuan Zulkipli dan Tuan Zuzaimi berkongsi detik kegembiraan apabila mereka masing-masing menerima Ijazah Bacelor Sastera (Kesusasteraan Melayu) pada Majlis Konvokesyen Universiti Putra Malaysia (UPM) ke-41.

Meskipun berada dalam kuliah dan kelas yang sama sepanjang pengajian, Tuan  Zuzahirudin, 25, dan adiknya  Tuan Zuzaimi, 24, jarang diletakkan dalam tugasan berkumpulan yang sama.

“Bagaimanapun ketika mengulangkaji, kami melakukannya bersama. Kami belajar dan berbincang serta berkongsi nota,” kata  Tuan Zuzahirudin.

Mengenai persaingan dalam pelajaran antara mereka, Tuan Zuzaimi pula berkata, mereka tidak bersaing tetapi saling membantu serta saling memberi sokongan dan galakan.

Pada semester pertama pengajian, katanya, kalangan rakan-rakan dalam kelas tidak  mengetahui mereka adalah adik beradik, dan perkara itu hanya diketahui oleh rakan-rakan bermula semester kedua.

Mereka kini bekerja di sebuah syarikat yang sama, dan ketika ini mahu menumpukan kepada pekerjaan sebelum menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana. - UPM

SXEXSA~