Dr. Hanafiah Ketuai Jawatankuasa Teknikal Sukan Universiti Asia | Universiti Putra Malaysia
» BERITA » Dr. Hanafiah ketuai Jawatankuasa Teknikal Sukan universiti Asia

Dr. Hanafiah ketuai Jawatankuasa Teknikal Sukan universiti Asia


Oleh: Muhammad Al-Amin Mustafha

SERDANG, 21 Nov – Ketua Pusat Sukan Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Hanafiah Ayub dipilih mengetuai Jawatankuasa Teknikal Sukan di peringkat universiti Asia bagi tempoh enam tahun dari 2016-2022.

Majlis undian dijalankan membabitkan 30 perwakilan berdasarkan kelayakan negara yang menjadi ahli Perhimpunan Agung Asian University Sports Federation (AUSF).

Malaysia yang diwakili oleh Dr. Hanafiah menerima jumlah undian tertinggi iaitu 25 undian diikuti Kazastan (22 undian), Jepun (21 undian) dan Nepal (19 undian) bagi jawatan “Assessors”.

Pencalonan Dr. Hanafiah bagi jawatan “Assessors” adalah melalui pilihan yang dilakukan oleh ahli-ahli majlis Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) yang terdiri daripada Pengarah-Pengarah Pusat Sukan Instituti Pengajian Tinggi (IPT) seluruh Malaysia.

Sebelum ini, Malaysia tidak pernah disenaraikan sebagai anggota Jawatankuasa Eksekutif di peringkat universiti Asia.

Sementara itu, Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif yang pertama diadakan semasa AUSF dilangsungkan di Xiamen, China pada 19-21 November lalu. - UPM


 


Kemaskini:: [eszereen]

PERKONGSIAN MEDIA

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
1800 22 5587
+603 8948 7273
C1506248569