Halaman Selamat Datang
Ahad, Julai 13, 2014 
 
Berita »

Pelajar UPM rangkul tiga emas acara renang SUKIPT 2012



Lai Kwan (kanan) memenangi tiga pingat emas dalam acara renang SUKIPT 2012

BUKIT JALIL, 30 Okt – Pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM), Chui Lai Kwan berjaya merangkul tiga pingat emas dalam acara 800 meter gaya bebas individu wanita, 400 meter rampaian dan 200 meter kuak lentang pada Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) 2012 di Pusat Akuatik Nasional Bukit Jalil.

Kejayaan beliau pada SUKIPT 2012 meletakkan UPM mendahului kontinjen lain dalam acara renang dengan tiga pingat emas dan satu perak oleh Lee Zien Huey dalam acara 800 meter gaya bebas individu wanita.

Selain itu, beliau yang merupakan bekas perenang kebangsaan sebelum ini pernah mewakili negara pada Kejohanan Akuatik Asia Tenggara di Singapura dan Jun lalu, untuk pusingan kelayakan Sukan Olimpik London 2012.

UPM mengucapkan syabas dan tahniah kepada kontinjen renang UPM atas kejayaan di SUKIPT 2012!



Berita ini disediakan oleh Noor Eszereen Juferi, 03-89466013 dan foto (sumber daripada Kosmo!, 31 Oktober 2012).