Halaman Selamat Datang
Jumaat, Julai 25, 2014 
 
Berita »

Malaysia memilih UPM mengetuai Persidangan Plenari ASEA-UNINET




Malaysia selaku tuan rumah Persidangan Plenari ASEA-UNINET ke-13 memilih Universiti Putra Malaysia (UPM)  mengetuai persidangan itu pada 17-23 Februari, 2013 yang akan dihadiri oleh 120 peserta mewakili lebih 70 universiti dari Eropah dan Asia Tenggara.  Persidangan itu mampu membina jaringan penyelidikan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) negara agar lebih kompetetif di peringkat antarabangsa khususnya Eropah serta menjadikan Malaysia sebagai hab pendidikan di rantau Asia Tenggara.

Pengarah Pusat Pengimejan Nuklear Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Dr Abdul Jalil Nordin berkata melalui persidangan ASEA-UNINET itu, institusi pengajian tinggi awam (IPTA) negara mampu membina jaringan penyelidikan yang lebih kompetetif di peringkat antarabangsa khususnya Eropah serta menjadikan Malaysia sebagai hab pendidikan di rantau Asia Tenggara.

Katanya, universiti yang menjadi ahli akan dibantu melalui aktiviti pengantarabangsaan seperti jalinan kerjasama akademik antara universiti, kerajaan dan badan bukan kerajaan  serta syarikat swasta yang terlibat dalam sektor pendidikan.

Impak lain dengan menganggotai ASEA-UNINET ialah dapat meningkatkan kualiti graduan tempatan dan menarik pelajar Eropah untuk melanjutkan pelajaran di Malaysia melalui promosi negara anggota. Selain itu, jaringan pertukaran pelajar dan staf Eropah-Asia juga mempu memberikan impak besar terhadap kemahiran modal insan.

Selain UPM, IPTA lain yang diterima menjadi ahli ASEA-UNINET ialah UKM, UM dan UTeM.

Berita ini disediakan oleh Khairul Anuar Muhamad Noh, 03-89467469 dan foto oleh Marina Ismail, 03-89468985