Halaman Selamat Datang
Jumaat, Ogos 29, 2014 
 
Berita »

Masjid UPM tempat pertama kategori masjid dalam Pertandingan Perbandaran Bersih




SUBANG JAYA, 31 Jan - Masjid Universiti Putra Malaysia (UPM) meraih tempat pertama kategori Rumah Ibadah Islam/Masjid dalam pertandingan Perbandaran Bersih dan Indah anjuran Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) 2011.

Hadiah berbentuk wang tunai RM500 beserta replika diterima oleh Penolong Pendaftar UPM,Wan Mohd Radzi Wan Ismail. Pusat Islam Universiti menyertai pertandingan itu sejak Mei tahun lalu.

Wan Mohd Radzi berkata kemenangan UPM dinilai dari segi kebersihan, keindahan, keceriaan, fasiliti, landskap dan keselamatan persekitaran.

Lapan kategori lain yang dipertandingkan ialah Sekolah Rendah, Sekolah Rendah dan Menengah, Institut Pendidikan/Kolej, Bangunan/Resort/Kompleks Pelancongan, Bangunan Pejabat Swasta/Kilang, Rumah Sesebuah/Berkembar, Rumah Teres Lot Tengah, Rumah Tradisional/Kampung/Tradisi.