Halaman Selamat Datang
Jumaat, September 19, 2014 
 
Berita »

Dua belas saintis UPM dominasi pengiktirafan TRSM 2012




KUALA LUMPUR, 24 Nov – Seramai dua belas saintis Universiti Putra Malaysia (UPM) mendominasi pengiktirafan Top Research Scientist Malaysia (TRSM) 2012 dalam majlis 2012 Conferment of Fellowship of the Academy of Science Malaysia & Announcement of the 2012 Top Research Scientists Malaysia.

Dua belas saintis UPM itu merupakan antara dua puluh tujuh penerima TRSM pada majlis yang berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre.

Mereka ialah Prof. Madya. Dr. Badlishah Sham Baharin, Fakulti Sains & Teknologi Makanan; Prof. Dr. Lai Oi Ming, Fakulti Bioteknologi & Sains Biomolekul, Prof. Dato’ Dr. Mohamed Shariff Mohamed Din, Fakulti Perubatan Veterinar; Prof. Dr. Mohd Adzir Mahdi, Fakulti Kejuruteraan; Prof. Dr. Mohd Zobir Hussein, Fakulti Sains; Prof. Dato’ Dr. Nik Muhamad Nik Ab Majid, Fakulti Perhutanan; Prof. Dr. Rahinah Ibrahim, Fakulti Rekabentuk & Senibina; Prof. Dr. Tan Soon Guan, Fakulti Bioteknologi & Sains Biomolekul; Prof. Dr. Tan Wen Siang, Fakulti Bioteknologi & Sains Biomolekul; Prof. Dr. Zulkifli Idrus, Fakulti Pertanian; Prof. Dr. Mohd Basyaruddin Abdul Rahman, Fakulti Sains dan Prof. Dr. Mohd Hair Bejo, Fakulti Perubatan Veterinar.

Pada majlis berprestij itu Akademi Sains Malaysia (ASM) turut mengumumkan 3 senior fellows dan 24 fellows baharu Saintis Malaysia antaranya Dekan Fakulti Perhutanan UPM, Prof. Datin Dr. Faridah Hanum Ibrahim; Pengarah Putra Science Park, Prof. Dato’ Dr. Mohamed Shariff Mohamed Din dan Pengarah Institut Penyelidikan Matematik, Prof. Dato’ Dr. Kamel Ariffin Mohd Atan.

Fellow kehormat ASM, Tun Abdullah Ahmad Badawi berharap agar TRSM database yang menjadi titik keutamaan negara bagi kepakaran saintifik berkaliber tinggi akan meningkat.

“Negara memerlukan ramai lagi pakar saintis bagi memastikan pelaburan yang berjaya dalam R& D dan Inovasi Teknologi,” katanya.

Pemilihan TRSM adalah berdasar kepada saintis yang bekerja di Malaysia yang cemerlang dalam bidang science, technology and innovation (STI) serta diiktiraf di peringkat nasional dan antarabangsa selain mereka perlu terlibat secara aktif dalam penyelidikan dalam tempoh lima tahun yang lalu dengan sumbangan sekurang-kurangnya 10 tahun kumulatif ke arah kemajuan STI

Turut hadir pada majlis itu ialah Timbalan Naib Canselor, (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Datin Paduka Dr. Aini Ideris.



Berita ini disediakan oleh Syifarida Muhamad Zaki, 03-89466013 dan foto oleh Marina Ismail, 03-89468985