| Universiti Putra Malaysia

Ceramah pasca siswazah FEM – Bagaimana menyediakan penulisan metodologi penyelidikan berkualiti tinggi

By: Dr. Cheng Kai Wah

SERDANG, 7 Dis – Seramai 135 pelajar dari Falkulti Ekologi Manusia (FEM), Universiti Putra Malaysia (UPM) menyertai satu daripada siri ceramah pasca siswazah   FEM bertajuk ‘Bagaimana Untuk Menyediakan Penulisan dan Metodologi Penyelidikan Berkualiti Tinggi’ (How to Prepare a High-Quality Research Methodology Write-Up), baru-baru ini.

Webinar itu dikendalikan secara Zoom Meeting Communications. Ia dianjurkan oleh Persatuan Pelajar-pelajar Pascasiswazah Ekologi Manusia (HEPSA) dengan kerjasama Pejabat Timbalan Dekan (Pengajian Siswazah dan Jaringan Industri & Masyarakat), FEM, UPM.

 Moderator ceramah ialah Pembantu Pengajar FEM, Dr. Cheng Kai Wah, manakala Pensyarah Kanan FEM, Prof. Madya Dr. Nobaya Ahmad ialah ahli panel.

Webinar itu bertujuan mengenalpasti sub-topik teras dalam penulisan Metodologi Penyelidikan berkualiti tinggi, mempelajari urutan penulisan Bab Metodologi Penyelidikan, mengenalpasti kesilapan biasa pelajar dalam Bab Metodologi Penyeldidikan, dan memahami kehendak penilai berkaitan penulisan Metodologi Penyelidikan.

Prof. Madya Dr. Nobaya memperhalusi metodologi penyelidikan dan memberi penekanan mengenai perlunya calon untuk menghuraikan secara jelas sub-topik metodologi penyelidikan mereka.

“Bab ini boleh dillihat sebagai nadi thesis anda kerana justifikasi yang baik dan mantap pada bab ini memberi jaminan penyelidikan anda berada pada landasan yang betul. Jika anda menggunakan terminologi yang kurang difahamai oleh penilai, anda perlu memberi penjelasan yang lebih kepada penilai mengenai terminologi spesifik itu.

“Calon mesti mampu menulis Bab Metodologi Penyelidikan menggunakan ‘tenses’ yang betul,” katanya.

Prof. Madya Dr. Nobaya juga berkata Bab Metodologi Penyelidikan perlu mempunyai tujuh elemen penting bagi menghasilkan penulisan thesis yang mantap dan baik.

“Untuk menulis seksyen metodologi yang efektif, calon perlu menghuraikan pendekatan metodologi yang dipilih, mewujudkan hubung kait metodologi, menjelaskan instrumen, membincangkan analisis mereka, memberikan maklumat latarbelakang, membincangkan proses persampelan, dan menangani had keupayaan penyelidikan,” katanya.

 

Dr Cheng berkata, siri webinar FEM seterusnya ialah pada Januari 2022 yang memberi fokus kepada strategi bagi menerbitkan jurnal impak tinggi.

Rakaman webinar ini boleh diperolehi oleh semua pelajar pasca siswazah melalui akaun media social HEPSA. Mereka digalakkan untuk melanggan dan mengikuti HEPSA di Facebook (@FEM.HEPSA), Telegram (t.me/FEMHEPSA), dan Instagram (@fem_hepsa) untuk mengetahui perkembangan terkini pengumuman dan pengajian pasca siswazah FEM. - UPM

WXFGXAu~