| Universiti Putra Malaysia

Adik-beradik terima PhD serentak

Oleh: Hendra Rijal dan Faiz Hamzah

 

SERDANG 27 Okt - Pasangan adik-beradik, Azizah Rahmat dan Hawa Rahmat merakam detik kegembiraan dan kejayaan bersama dengan berkongsi pencapaian apabila sama-sama memperoleh ijazah Doktor Falsafah (PhD) pada Majlis Konvokesyen Universiti Putra Malaysia (UPM) ke-42, hari ini.

 

Azizah yang merupakan kakak, memperoleh PhD Kejuruteraan Perisian Komputer daripada Fakulti Sains Komputer Teknologi Maklumat, manakala Hawa memperoleh PhD Ekologi Pembangunan daripada Fakulti Pembangunan Ekologi Manusia.

 

Azizah dan Hawa, dari Muar, Johor adalah anak ketujuh dan kelapan daripada 11 adik beradik. Mereka masing-masing melahirkan rasa gembira berpeluang menamatkan pelajaran peringkat PhD bersama-sama walaupun berbeza bidang.

 

Menurut mereka, kejayaan itu adalah hasil saling membantu antara satu sama lain dan juga sokongan moral daripada keluarga kerana cabaran terbesar mereka adalah mengimbangkan tugas sebagai isteri, ibu, pekerjaan dan juga pembelajaran.

 

“Kalmi saling memberi semangat agar sama-sama dapat mengecap kejayaan walaupun bidang yang berbeza,” kata kedua-dua mereka. - UPM

WXDdEAz~