20 Warga UPM Terima Anugerah Fellowship Naib Canselor Dari Sultan Selangor | Universiti Putra Malaysia
» BERITA » 20 warga UPM terima anugerah Fellowship Naib Canselor dari Sultan Selangor

20 warga UPM terima anugerah Fellowship Naib Canselor dari Sultan Selangor

20 warga UPM terima anugerah Fellowship Naib Canselor dari Sultan Selangor

 

Oleh: Azman Zakaria

Foto: Noor Azreen Awang

 

SERDANG, 14 Mei - Prof. Dr. Mohd Ali Hassan dari Fakulti Bioteknologi  dan Sains Biomolekul dipilih sebagai penerima Anugerah Khas Akademia Putra, pada majlis Majlis Gemilang Akademia Putra (MGAP) 2017 Universiti Putra Malaysia (UPM).

Prof. Dr.  Mohd Ali, 60, yang berkhidmat di UPM sejak 1982 dipilih berdasarkan penglibatan aktif beliau dalam bidang penyelidikan berteraskan bioteknologi alam sekitar dan biomass, serta kepemimpinan dan pengurusan yang amat menyerlah.

Beliau menerima anugerah Fellowship Naib Canselor, kategori Anugerah Khas Akademia Putra itu daripada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Canselor UPM, di sini.

“Saya bersyukur menerima anugerah ini… ia pencapaian kejayaan tinggi dalam kerjaya saya,” kata Prof. Dr.  Mohd Ali ketika ditemui selepas majlis itu.

 

Seramai 20 orang warga UPM yang mempamerkan kecemerlangan prestasi, potensi dan bakti menerima anugerah Fellowship Naib Canselor yang disampaikan oleh Sultan Selangor pada majlia berkenaan. MGAP adalah penghargaan dan pengiktirafan universiti terhadap warganya atas usaha penerokaan dan pengembangan ilmu serta perkhidmatan pendidikan bagi menjulang pembudayaan ilmu yang cemerlang.

Sementara itu Dr. Hayrol Azril Mohamed Shaffril dari Institut Pengajian Sains Sosial memenangi dua anuegerah iaitu Anugerah Fellowship Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi (Kategori Penyelidik Muda) dan Anugerah Fellowship Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi (Kategori Penerbitan Makalah Jurnal).

Seorang menerima Anugerah Fellowship Naib Canselor – Pengajaran (Kategori Pengajar Cemerlang) iaitu Prof. Madya Dr. Zalina Shari dari Fakulti Rekabentuk dan Senibina, manakala lima orang menerima anugerah Kategori Pengajar Muda iaitu Dr. Wan Norhamidah Wan Ibrahim dari Fakulti Sains, Dr. Farina Mustaffa Kamal dari Fakulti Perubatan Veterinar, Dr. Radhiah Shukri dari Fakulti Sains dan Teknologi Makanan, Dr Rozita Radhiah Said dari Fakulti Pengajian Pendidikan dan Dr. Aini Marina Ma’rof dari Fakulti Pengajian Pendidikan.

Seorang menerima Anugerah Fellowship Naib Canselor – Penyelidikan dan Inovasi (Kategori Penyelidik Cemerlang) iaitu Prof. Dr. Nor Azah Yusof dari Fakulti Sains, manakala  Prof. Madya Dr. Yusran Sulaiman dari Fakulti Sains menerima bagi Kategori Penyelidik Muda, Prof. Madya Dr. Wong Mui Yun dari Fakulti Pertanian (Kategori Penerbitan Makalah Jurnal), Prof. Dr. Abdul Shukor Juraimi dari Fakulti Pertanian (Kategori Inovasi dan Pengkomersilan), Prof. Madya Dr. Nangkula Utaberta dari Fakulti Rekabentuk dan Senibina (Kategori Penerbitan Buku), dan Dr. Saiful Hasley Ramli dari Fakulti Rekabentuk dan Senibina (Kategori Seni dan Kreativiti).    

Prof. Dr. Tengku Aizan Tengku Abdul Hamid dari Fakulti Ekologi Manusia dan Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia pula menerima Anugerah Fellowship Naib Canselor-Perkhidmatan Profesional (Kategori Pengurusan dan Profesional-Akademik), Dr. Razali Othman dari Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN) untuk Kategori Pengurusan dan Profesional – Bukan Akademik, manakala Lt. Kol. Bersekutu (PA) Mohd Razali Singah dari Pejabat Bursar bagi Kategori Kumpulan Pelaksana.

Sementara itu tempat pertama Anugerah Fellowship Naib Canselor – Perunding Cemerlang diterima oleh Prof. Madya Dr. Shamsul Bahri Mohd Tamrin dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, tempat kedua Prof. Dr. Loh Teck Chwen dari Fakulti Pertanian dan tempat ketiga Prof. Madya Dr. Sharifah Norazizan Syed Abd Rashid dari Fakulti Ekologi Manusia.

Ketika berucap pada majlis itu, Naib Canselor UPM, Prof. Datin Paduka Dato’ Dr. Aini Ideris melahirkan penghargaan dan tahniah kepada penerima anugerah, sambil berharap mereka akan menjadi inspirasi bagi warga UPM untuk terus cemerlang. – UPM

 
  

 

 

 

 

Kemaskini:: 23/05/2018 [hairul_nizam]

PERKONGSIAN MEDIA

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
1800 22 5587
+603 8948 7273
C1532097437