| Universiti Putra Malaysia

100 pelajar sertai Putrabike Fun Ride UPM

Oleh Najihah Harun

                                                            

 

SERDANG – Kira-kira 100 pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) menyertai kayuhan sihat ‘Putrabike Fun Ride UPM 2017’ sejauh 5 kilometer di dalam kawasan kampus UPM, baru-baru ini.

Ia dianjurkan Sekretariat Sukarelawan dan Jaringan Komuniti, Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS) UPM dengan kerjasama Koperasi UPM Berhad (KUPUTRA).

Aktiviti berbasikal merupakan satu amalan gaya hidup yang sihat, dan pada masa yang sama dapat melancarkan perjalanan darah serta meningkatakan kecergasan tubuh badan.

Pengarah program, Muhammad Afif Zawawi Adnan, berkata program itu bertujuan memberi kesedaran kepada mahasiswa mengenai pentingnya mengekalkan kecerdasan tubuh badan pada tahap yang optimum.

“Saya berharap program ini dapat diteruskan pada masa akan datang,” katanya yang turut mengucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan kolej dan Koperasi UPM Berhad kerana menyokong aktiviti itu.

Turut serta dalam kayuhan itu Pengetua Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah, Leftenan Kolonel Othman Jailani dan Pengerusi Koperasi UPM Berhad, Dr. Darilsyah Syahrial.  

Salah seorang peserta, Nadia Nadzirah Aminuddin, 18, berkata, kayuhan itu memberi satu pengalaman baharu yang sangat menyeronokkan.

“Di samping dapat melakukan aktiviti berfaedah yang juga bersifat mesra alam, saya yakin program ini sedikit sebanyak dapat membantu kita menjalani gaya hidup yang sihat,’ katanya.

Aktiviti itu secara langsung juga menyahut seruan UPM untuk mengekalkan kehijauan sekitar kampus.

UPM yang dikenali sebagai ‘Green Campus’  tersenarai pada kedudukan ke-17 ranking terbaik dunia dalam penarafan UI-Greenmetric World University Ranking 2015 berdasarkan usaha kelestarian kampus dan pengurusan alam sekitarnya.

Kejayaan itu merupakan komitmen UPM terhadap pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar melalui pelbagai aktiviti pengajaran, penyelidikan, kokurikulum dan sistem pengurusan kualiti berteraskan pengurusan alam sekitar yang berkesan.

 

 

 

 

WXEUSA4~