| Universiti Putra Malaysia

UPM sambut Hari Lebah Sedunia peringkat Kebangsaan 2022

Oleh: Nur Syamila Kamarul Arefin
Foto oleh: Noor Azreen Awang

SERDANG, 20 Mei: Sambutan Hari Lebah Sedunia Peringkat Kebangsaan tahun 2022 telah dianjurkan di Universiti Putra Malaysia (UPM) bertemakan “KELESTARIAN LEBAH: PEMANGKIN BIODIVERSITI, PENCETUS EKONOMI”.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan 1, Datuk Seri Ahmad Hamzah berkata, Sambutan Hari Lebah Sedunia pada tahun ini dilihat sebagai satu acara yang berkesan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap penting dan bernilainya lebah untuk kehidupan.

“Tema ini dipilih kerana ia mengambil kira peranan masyarakat setempat termasuk pemain industri yang semakin berkembang pesat mengenai keperluan menjaga kelestarian lebah dan alam sekitar, katanya dalam ucapan perasmian di Auditorium Rashdan Baba.”

Turut terlibat pada Sambutan Hari Lebah Sedunia Peringkat Kebangsaan tahun 2022, Dekan Fakulti Pertanian UPM, Profesor Madya Dr Nur Azura Adam, MARDI, Jabatan Pertanian Malaysia (DOA), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Gabungan Persatuan Usahawan Kelulut Malaysia (GPUKM).

Menurut Pengerusi Lembaga Pengarah UPM, Tengku Syarif Laksamana Perlis Dato' Seri DiRaja Syed Razlan Syed Putra Jamalullail berkata, sambutan Hari Lebah Sedunia hari ini adalah untuk mengiktiraf kepada mereka yang telah memberi sumbangan signifikan kepada pemeliharaan dan pemuliharaan lebah dan membudaya dan memupuk keadaaan di kalangan masyarakat.

“Industri ternakan kelulut di Malaysia berpotensi untuk berkembang maju selari dengan Pelan Pembangunan Industri Kelulut Negara 2020-2030 yang dilancarkan November 2019 yang lalu sebagai antara usaha kerajaan untuk mengangkat industri kelulut sebagai sumber pendapatan baharu yang mampan dan kukuh,” katanya.- UPM

WXFCHAN~