| Universiti Putra Malaysia

PGTK KOSASS galak belia ceburi pertanian

Oleh : Nur Ashikin dan Nurul Huda

 

SERDANG, 4 April - Seramai 200 penghuni kolegiat Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS), Universiti Putra Malaysia(UPM) dari pelbagai jurusan dan pengajian telah menceburkan diri dalam Projek Gempur Tani KOSASS (PGTK), di sini, baru-baru ini.

Kebun PGTK ini menjalankan tanaman sayur-sayuran seperti sawi, bayam brazil,kangkung dan buah naga secara konvensional di Tapak Pertanian A manakala tanaman di Tapak Pertanian B menggunakan sistem fertigasi dengan menempatkan 247 polibeg sayuran kailan diusahakan di Tapak Pertanian B.

Ketua Projek Projek Gempur Tani KOSASS (PGTK), Muhammad Afizzudin berkata hasil tanaman segar telah dipasarkan di kedai makan sekitar UPM, Putra Food Court, dan Putra Mart pada hari Isnin hingga Jumaat dari pukul 8 pagi hingga 4.30 petang.

Selain memasarkan hasil tanaman di sekitar UPM, tempahan secara dalam talian juga diterima daripada pelanggan luar UPM yang berminat untuk mendapatkan hasil tanaman PGTK.

Katanya kelab PGTK juga merancang untuk meneruskan inisiatif tanaman yang sedia ada dan bercadang untuk menjalankan tanaman baharu seperti cili dan jagung pada semester depan.

“Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak pengurusan KOSASS yang telah menyediakan tempat pertanian dan modal yang berterusan.

“Pihak pengurusan KOSASS juga sentiasa menyediakan kelengkapan aktiviti serta kemudahan sistem pengairan yang sistematik kepada tapak pertanian.” Katanya.

Tambahnya lagi, kesinambungan kelab melalui PGTK menjadi contoh terbaik untuk menggalakkan belia menceburi bidang pertanian. -UPM 

SXEeCAt~