Jaringan

UPM memahami keperluan bagi pelajar untuk menjadi sebahagian daripada dunia realiti dalam perniagaan dan komuniti. Memperkasakan komuniti kampus dengan mewujudkan peluang-peluang untuk menceburi bidang perniagaan dan masyarakat amnya adalah penting dalam penyediaan perspektif keusahawanan kepada teras pendidikan dan penyelidikan Universiti.

Jaringan Industri

 

Rantaian kerjasama universiti dan industri akan mempercepatkan tranformasi keilmuan dan idea-idea inovatif kepada usaha pengkomersilan. Industri akan mendapat manfaat dari hasil penyelidikan dan perundingan dalam bentuk pengkomersilan produk penyelidikan, inovasi dan kepakaran warga UPM.

Kerjasama Komuniti

 

Dalam usaha mendukung matlamat UPM supaya menjadi Universiti tersohor yang sentiasa memberikan sumbangan bermakna ke arah pembangunan lestari, pembangunan rakyat, kekayaan Negara serta keterlibatan di peringkat antarabangsa, UPM sentiasa mempunyai tanggunjawab terhadap komuniti dan masyarakat serta menjaga hubungan strategik yang dapat dimanfaatkan bersama. 

Kolaborasi

 

Kerjasama dan hubungan strategik antara pihak universiti dengan pelbagai agensi di dalam negara merupakan inisiatif universiti sebagai wadah perkongsian kepakaran dalam aspek penyelidikan, pengajaran dan khidmat profesional.

Hubungi Kami

PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (INDUSTRI DAN JARINGAN KOMUNITI)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia
Tel: +603-9769 1005 / Fax: +603-8941 4196
Emel: admin_jinm@upm.edu.my