| Universiti Putra Malaysia

26 subjek UPM Tersenarai dalam (QS) WUR by Subject 2024

Oleh: YM Tengku Norhuda binti Tengku Muda

 

 

SERDANG, 17 April 2023 - 26 subjek Universiti Putra Malaysia (UPM) merentasi lima bidang utama iaitu Engineering, Natural Sciences, Life Sciences, Art and Humanities dan Social Sciences & Management telah tersenarai dalam Quacquarelli Symonds World University Rankings (QS) WUR by Subject 2024 yang diumumkan pada 10 April 2024 lalu.

 

Pencapaian paling ketara adalah kedudukan UPM bagi subjek Sains Veterinar (Veterinary Science) yang telah melonjak enam anak tangga di kedudukan ke–40 terbaik dunia sekaligus menjadikan subjek ini berada pada kedudukan pertama di Malaysia tiga tahun berturut-turut.

 

Manakala, subjek Pertanian & Perhutanan (Agriculture & Forestry) berada pada kedudukan 75 terbaik dunia dan masih mengekalkan kedudukan tempat pertama di Malaysia bagi tempoh dua belas tahun berturut-turut.

 

Sementara itu, subjek Ekonomi dan Ekonometrik (Economics & Econometrics)  juga berjaya melonjak pada kedudukan ke-134 terbaik dunia berbanding kedudukan ke 151-200 pada tahun 2023.

 

Turut mendapat perhatian adalah penambahan dua subjek baharu iaitu Komunikasi & Pengajian Media (Communication & Media Studies) serta Geografi (Geography) yang berjaya tersenarai di kedudukan 250 terbaik dunia.

 

Kedua-dua subjek ini masing-masing mewakili bidang Sains Sosial & Pengurusan (Social Sciences & Management) serta bidang Sains Semulajadi (Natural Sciences) menjadikan sejumlah 26 daripada 43 subjek UPM diiktiraf di dunia.

 

Keseluruhannya, pencapaian UPM dalam QS World University Rankings by Subject 2024 adalah memberangsangkan. Sebanyak 17 subjek berjaya tersenarai dalam kelompok 200 terbaik dunia berbanding hanya 13 subjek pada tahun lalu serta 12 subjek juga telah menunjukkan peningkatan dalam kedudukan masing-masing.

 

Maklumat lanjut keputusan QS World University Ranking 2024 boleh didapati melalui laman web: https://www.topuniversities.com/subject-rankings/2024

SXEeSA~