| Universiti Putra Malaysia

UPM terima kunjungan dari delegasi Kazakstan dan Uzbekistan bincang peluang kerjasama

Oleh: Nur Syamila Kamarul Arefin

SERDANG, 11 Mei - Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menerima kunjungan hormat delegasi pendidikan Kazakstan dan Uzbekistan bagi membincangkan peluang kerjasama dengan UPM dalam program akademik, program musim panas, dan penyelidikan.

Kunjungan hormat delegasi pendidikan Kazakstan dan Uzbekistan telah berkongsi maklumat pengurusan prgram akademik di universiti mereka serta melibatkan sesi dialog mengenai program akademik, mobiliti pelajar, dan program musim panas.

Dekan, Fakulti Kejuteraan, UPM, Prof. Ir. Dr Mohd Khairol Anuar Mohd Ariffin turut hadir mengadakan pembentangan yang disertai oleh Timbalan Pengarah, Pusat Antarabangsa Putra (I-Putra), UPM, Profesor Ir. Dr Hasfalina Che Man dan Ketua Pentadbiran (Akademik & Antarabangsa), UPM, Dato’ Hj. Rosdi Wah dan Ahli Pengurusan Fakulti Kejuruteraan, UPM.

Pada kunjungan ini juga, delegasi Kazakstan dan Uzbekistan telah dibawa melawat makmal Robotik dan Teknologi Pintar yang diketuai oleh Ketua Jabatan Kejuteraan Elektrik dan Elektronik, Fakulti Kejuteraan, Prof. Ir. Ts. Dr Mohd Khair Hassan bagi melihat pembangunan robot dan sistem autonomi.

Kedua-dua negara menyatakan hasrat untuk bekerjasama dengan UPM dengan menandatangani MoU pada masa akan datang.

Fakulti kejuteraan UPM berharap program ini adalah langkah seterusnya untuk menjalinkan hubungan antara UPM, Kazakstan dan Uzbekistan.- UPM

SXEaXAd~