| Universiti Putra Malaysia

UPM raih kemenangan berganda Anugerah Inovasi negeri Selangor 2022

Oleh: Nurul Ezzaty Mohd Azhari
Foto: Saleha Haron

KUALA LUMPUR, 9 Okt - Universiti Putra Malaysia (UPM) menerima anugerah berganda apabila berjaya meraih johan dan naib johan Anugerah Inovasi Negeri Selangor 2022 kategori Institut Pengajian Tinggi (IPT) dan Kluster Teknologi Maklumat.

Teknologi ZWallet: aplikasi tanpa tunai yang selamat, fleksibel, dan Teknologi Blockchain yang mudah digunakan oleh Prof. Ts. Dr. Zuriati Ahmad Zulkarnain dari Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat meraih johan kategori Kluster Teknologi Maklumat.

Kemenangannya itu memboleh beliau membawa pulang wang tunai RM 10,000 berserta sijil penyertaan.

"Kemenangan ini amat bermakna bagi saya dalam mengharumkan nama UPM secara amnya dan FSKTM secara khususnya. Kemenangan tersebut sangat signifikan dalam memastikan keselamatan setiap transaksi yang berlaku melalui wallet digital.

"Sekiranya kesemua transaksi digital selamat digunakan, ia akan membantu meningkatkan kehidupan masyarakat digital yang lebih dinamik," katanya.

Sementara itu, turut meraih johan IPT ialah projek NET -PEAT: Sistem Pencegahan Dan Amaran Awal Kebakaran Tanah Gambut Menggunakan Sistem loT oleh Prof. Ir. Dr. Aduwati Sali daripada Fakulti Kejuruteraan dari Pusat Penyelidikan Wireless and Photonics Networks Research Centre (WiPNET) dan Institut INTROP UPM.

Manakala Projek Putra Pro-Cut and Putra Fast-Snap: radas inovatif untuk teknik mengetut (marcotting) pokok oleh Rozaidi Md Yusof dari Pusat Pertanian Putra meraih naib juara IPT.

Masing-masing membawa pulang wang tunai RM 5000 (johan) dan RM 2500 (naib johan) yang telah disampaikan oleh Setiausaha negeri Selangor, Dato' Haris Kasim dalam Majlis 3rd Selangor R&D and Innovation Expo (SRIE) 2022 di Kuala Lumpur Convention Center (KLCC) di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengarah Putra Science Park (PSP) UPM, Prof. Ir. Dr. Kamarul Arifin Ahmad.- UPM

WXEbDAx~