UPM –MPSJ Anjur Program Kayuhan Hidup Sihat Kali Kedua | Universiti Putra Malaysia
» BERITA » UPM –MPSJ anjur program Kayuhan Hidup Sihat kali kedua

UPM –MPSJ anjur program Kayuhan Hidup Sihat kali kedua

Oleh Syifarida Muhamad Zaki
Foto oleh Noor Azreen Awang


SERDANG, 21 Jun – Buat kali kedua, Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) bekerjasama menganjurkan Program Kayuhan Hidup Sihat Berbasikal di sekitar kawasan UPM.

Penyertaan itu telah menarik lebih 100 penyertaan daripada pelajar dan staf UPM, orang awam daripada kelab berbasikal dan keluarga.

Pengarah program, Prof. Dr. Ahmad Ismail berkata program itu memberi inspirasi kepada orang awam bagi memupuk minat terhadap budaya hidup sihat melalui aktiviti berbasikal.




“UPM berusaha meningkatkan ekosistem berbasikal di kawasan kampus dengan membina laluan berbasikal sepanjang 5km dan laluan pejalan kaki berbumbung bagi mengurangkan penggunaan pelajar terhadap bas, motosikal dan kereta.

“Kesedaran itu juga memupuk minat untuk menjaga alam sekitar, kesihatan dan mengurangkan kesesakan jalan raya melalui aktiviti berbasikal,” katanya.

Pada tahun lalu beliau mengambil langkah memulakan projek Recycle to Cycle bersama pelajar Fakulti Sains, UPM untuk menjadikan kampus UPM sebagai zon berbasikal bagi menyemai gaya hidup yang lebih aktif.




Sementara itu, Timbalan Pengarah Korporat MPSJ, Muhamad Azli Miswan berkata program itu bertujuan menerapkan gaya hidup sihat masyarakat, selain meningkatkan hubungan antara orang awam dan MPSJ.

“Kayuhan santai itu terbahagi kepada dua kategori iaitu kategori keluarga sejauh 5km dan kategori terbuka untuk peserta 15 tahun ke atas sejauh 10 km.

UPM turut menyediakan 40 buah basikal dan topi keledar yang mempunyai ciri-ciri keselamatan kepada peserta yang tidak mempunyai basikal dan menyediakan 50 hadiah cabutan bertuah bersama MPSJ.


Tarikh Input: | Kemaskini: | amir_peli

PERKONGSIAN MEDIA

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1000
+603 8948 7273
B1569094339