UPM, MARA Kerjasama Usaha Lahirkan Bakal Saintis, Penyelidik | Universiti Putra Malaysia
» BERITA » UPM, MARA kerjasama usaha lahirkan bakal saintis, penyelidik

UPM, MARA kerjasama usaha lahirkan bakal saintis, penyelidik

Oleh Khairul Ziana Kinainah
Foto Mohd Hasrul Hamdan



SERDANG, 20 Ogos 2015 – Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA) bekerjasama menganjurkan program Nobel Laureates Outreach Camp (NLOC) dalam usaha ke arah melahirkan bakal saintis dan penyelidik di peringkat antarabangsa.

Ketua Pengarah MARA, Datuk Ibrahim Ahmad berkata program yang bertemakan ‘Saintis Hari Esok’ itu menyuntik persepsi positif mengenai sains bagi menarik minat pelajar untuk terus memilih bidang berkenaan pada masa hadapan.

Program NLOC itu yang diadakan selama empat hari dari 17 hingga 20 Ogos melibatkan 150 orang pelajar tingkatan 4 dari 42 pelajar Maktab Rendah Sains Mara seluruh negara.

“Mereka telah didedahkan dengan konsep pembelajaran hands on bagi memberikan pengalaman unik untuk menarik mereka dalam menceburi bidang sains.

“Selaras dengan itu, program ini akan melahirkan bakal saintis dan penyelidik yang mempunyai kemahiran manipulatif cemerlang, sekaligus menajamkan kemahiran insaniah dalam diri mereka” katanya pada Majlis Penutupan NLOC.

Teks ucapan beliau dibacakan Timbalan Presiden (Akademik dan Teknologi) UNIKL, Prof. Dr. Azanam Shah Hashim. Turut hadir pada majlis itu Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri Masyarakat) UPM, Prof. Ing. Ir. Renuganth Varatharajoo serta Dekan Fakulti Sains, Prof. Dr. Zainal Abidin Talib. - UPM


Tarikh Input: | Kemaskini: | hairul_nizam

PERKONGSIAN MEDIA

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1000
+603 8948 7273
B1566347700