UPM Anjur Program Selamat Datang Pelajar Baharu Antarabangsa | Universiti Putra Malaysia
» BERITA » UPM anjur program Selamat Datang Pelajar Baharu Antarabangsa

UPM anjur program Selamat Datang Pelajar Baharu Antarabangsa


Oleh: Seksyen Jalinan Global, Bahagian Antarabangsa UPM

SERDANG:
Seramai 150 pelajar baharu antarabangsa dari pelbagai negara menghadiri Program Selamat Datang Pelajar Baharu Antarabangsa sesi pengajian semester 1 2015/2016 yang diadakan di Dewan Persidangan, Bangunan CALC, Universiti Putra Malaysia (UPM) baru-baru ini.

Program selama dua hari itu dijalankan oleh Bahagian Antarabangsa UPM dengan kerjasama 10 fasilitator terdiri daripada pelajar tempatan di bawah program ‘Buddy’ selaku pembantu dalam menyelaraskan  program, serta sebagai pengantaraan di antara pelajar antarabangsa dan Pengurusan UPM.

Pada hari pertama program, pelajar diberi pemahaman mengenai sistem pentadbiran, pengurusan pembelajaran, pendedahan kepada peraturan dan budaya persekitaran kampus yang juga merupakan di antara objektif program ini.

Pelbagai aktiviti dan program disusun khusus memupuk minda yang positif dan optimis dalam memulakan sesi pembelajaran baharu di kampus.

Program dirasmikan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Datuk Dr. Mad Nasir Shamsudin.

Sementara itu, pelajar dari Indonesia, Stacey Joan Amanda berkata beliau teruja diberi peluang melawat di sekitar Putrajaya dan Melaka kerana ia dapat memberi gambaran kepadanya mengenai cara hidup rakyat Malaysia.

“Saya turut diberi peluang untuk menimba pengalaman sebagai salah seorang pelajar mobiliti di Fakulti Kejuruteraan,” katanya.

Pelajar dari Nigeria, Rashid Al-Kalbani turut menyuarakan rasa terima kasih beliau kepada Buddy UPM yang banyak memberi pendedahan mengenai UPM serta membantu beliau sepanjang program berlangsung. - UPM

Tarikh Input: | Kemaskini: | amir_peli

PERKONGSIAN MEDIA

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1000
+603 8948 7273
B1566319628