| Universiti Putra Malaysia

Timbalan Menteri KBS rasmi Karnival Rekreasi Luar Kebangsaan Malaysia Outdoor Recreation Carnival (MOREC) 2021

Oleh: Noor Eszereen Juferi
Foto oleh: Mohammad Izrul Abdul Jaabar 

SERDANG, 18 Dis – Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Senator Dato’ To Lian Ker merasmikan Karnival Rekreasi Luar Kebangsaan - Malaysia Outdoor Recreation Carnival (MOREC) 2021 di sini.

MOREC 2021 berlangsung selama dua hari bermula pada 18 hingga 19 Disember 2021 adalah anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negara, Kementerian Belia dan Sukan dengan kerjasama Persatuan Jurulatih Rekreasi Malaysia (PJRM) serta FPAS, UPM.

Karnival  itu adalah platform yang efektif kepada pengamal rekreasi dan para akademia yang mana mereka akan membentangkan kertas kerja berbentuk amali, kertas konsep dan pembentangan hasil penyelidikan sejajar dengan arus semasa.

Turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Dr. Nazamid Saari; Dekan, Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar (FPAS), UPM, Prof. Dr. Hazandy Abd. Hamid; Ketua Pengarah, Jabatan Belia dan Sukan Negara, Dato’ Haja Wasitah Haji Mohd Yusof; Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negara, En. Mohd Azhari Mohammad; Dekan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, UiTM Shah Alam, Prof. Dr. Mohad Anizu Mohd Nor dan Presiden Persatuan Jurulatih Rekreasi Malaysia. - UPM

WXEaWAO~