Tiga Pensyarah UPM Top Research Scientists Malaysia 2014 | Universiti Putra Malaysia
» BERITA » Tiga pensyarah UPM Top Research Scientists Malaysia 2014

Tiga pensyarah UPM Top Research Scientists Malaysia 2014

Oleh Syifarida Muhamad Zaki

Dari kiri Prof Dr Abdul Rahman Omar (Pengarah Institut Biosains), Prof. Dr. Jinap Selamat (Pensyarah Fakulti Sains dan Teknologi Makanan), Prof Ir Dr Mohd Zainal Abidin, Timbalan Dekan (Penyelidikan & Inovasi) Fakulti Kejuruteraan UPM


KUALA LUMPUR – Tiga pensyarah Universiti Putra Malaysia (UPM)  antara 24 penerima Top Research Scientists Malaysia (TRSM) & Fellows 2014 anjuran Akademi Sains Malaysia (ASM) baru-baru ini.

Mereka ialah Prof. Dr. Jinap Selamat dari Fakulti Sains dan Teknologi Makanan (TRSM & Fellows 2014), Prof. Ir Dr. Mohd Zainal Abidin Ab Kadir, Timbalan Dekan (Penyelidikan & Inovasi), Fakulti Kejuruteraan (TRSM 2014) dan Prof. Dr. Abdul Rahim Omar, Pengarah Institut Biosians (TRSM 2014).

Masing-masing menerima sijil pengiktirafan dan trofi yang disampaikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Najib Tun Abdul Razak dalam majlis di JW Mariott Hotel Kuala Lumpur.

TRSM anjuran Akademi Sains Malaysia sejak  2010 mengiktiraf saintis dan penyelidik di Malaysia yang aktif dalam penyelidikan dan pembangunan yang menyumbang transformasi sosio-ekonomi negara.

Sehingga kini, pangkalan data TRSM telah mengumpul pakar-pakar dalam bidang sains pertanian, sains dan teknologi, sains biologi, sains kejuruteraan, sains perhutanan, kemanusiaan, sains marin dan sains bahan.

UPM pernah mendominasi anugerah itu seramai 12 daripada 27 penerima pada tahun 2012.

Penerima TRSM 2014 & Fellows 2014

Prof. Dr. Jinap Selamat

Bidang Kepakaran: Food Safety and Food Science

Pencemaran Kimia Dalam Makanan (Chemical Food Contaminants)

Bidang kepakaran beliau dalam industri Sains Makanan dan Keselamatan Makanan telah membawa kejayaan dalam menghasilkan sebanyak 24 H-index, 1834 petikan dan lebih 200 artikel penyelidikan yang diterbitkan dalam jurnal International Statistical Institute (ISI).

Sementara itu, beliau juga merupakan ketua penyunting dalam Penyelidikan Makanan Jurnal yang memainkan peranan penting kepada Pusat Penyelidikan Keselamatan Makanan (FOSREC).

Pengiktirafan TRSM 2014

1) Prof Dr Abdul Rahman Omar, Pengarah Institut Biosains

Bidang Kepakaran: Animal Pathogens - Immunogenomics

Bidang kepakaran beliau dalam mengkaji immunogenomics patogen haiwan di mana beliau mengetuai satu kumpulan kerja mengenai pembangunan diognostics, vaksin dan terapeutik.

Kumpulan itu juga telah membangunkan kit diagnostik berasaskan PCR sedang dalam penilaian oleh rakan industri untuk tujuan pengkomersilan.

2) Prof Ir Dr Mohd Zainal Abidin, Timbalan Dekan (Penyelidikan & Inovasi) Fakulti Kejuruteraan UPM

Bidang Kepakaran: High Voltage Engineering, Electromagnetic Compatibility and Power System Transients

Bidang kepakaran beliau tertumpu dalam bidang Kejuruteraan Voltan Tinggi yang mengkaji keserasian elektromagnet pembangunan piawaian antarabangsa mengenai perlindungan kilat.

Beliau turut memberi sumbangan dalam bekerjasama dengan Suruhanjaya Tenaga Malaysia mengeluarkan pekeliling yang berkaitan dengan perlindungan kilat sebagai buku rujukan untuk jurutera, perunding dan organisasi di dalam dan luar negara.

Beliau juga merupakan Penasihat dan Panel Pakar bagi pelbagai Institusi seperti MERCY Malaysia, Suruhanjaya Tenaga Malaysia dan Kementerian Pelajaran Malaysia.

 


Tarikh Input: | Kemaskini: | hairul_nizam

PERKONGSIAN MEDIA

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1000
+603 8948 7273
B1569095376