Kolej Kelima Galak Mahasiswa Aktif Dalam Kebudayaan Islam Melalui FESTMA -V | Universiti Putra Malaysia
» BERITA » Kolej Kelima Galak Mahasiswa Aktif Dalam Kebudayaan Islam melalui FESTMA -V

Kolej Kelima Galak Mahasiswa Aktif Dalam Kebudayaan Islam melalui FESTMA -V

Oleh Khairul Ziana Kinainah
Foto Noor Azreen Awang



SERDANG, 8 Mac (UPM) –  Kolej Kelima Universiti Putra Malaysia (UPM) menganjurkan Pertandingan Festival Marhaban Harmoni V Terbuka UPM 1Malaysia 2015 (FESTMA-V) peringkat IPTA/IPTS di Panggung Percubaan untuk mempamerkan tradisi marhaban kepada pelajar, komuniti luar dan pelbagai bangsa.

Pengetua Kolej Kelima, Dr. Amini Amir Abdullah berkata festival itu bertujuan menggalakkan penglibatan mahasiswa dalam aktiviti keIslaman yang di ketengahkan dalam bentuk kebudayaan Islam.

“Festival Marhaban ini adalah sebagai pendekatan efektif untuk memperkenal dan menyemarakkan amalan marhaban dalam kalangan masyarakat di Malaysia, selain menjadi platform terbaik bagi menampilkan mahasiswa berbakat dan kreatif.



“Pada masa yang sama Festival Marhaban ini dapat membentuk interaktif sosial yang positif dan proaktif di antara para peserta di kalangan  IPTA/IPTS untuk membentuk jati diri belia yang progresif,” katanya selepas program yang dilancarkan oleh Timbalan Naib Canselor (HEPA), Prof. Dato' Dr. Mohammad Shatar Sabran.

Festival Marhaban itu menampilkan 5 IPTA ke pusingan akhir iaitu UPM, UNISZA, USIM, UIAM dan UTP.

 



USIM menjuarai pertandingan ini, UTP tempat kedua dan tempat ketiga UIAM. Ia diadili oleh juri-juri profesional yang diketuai oleh Ustaz Wan Mohd Noh dari Sekolah Menengah Agama Tinggi Kajang.

“Perkara ini telah diterima baik oleh komuniti luar dan penganjuran ini mendapat pujian  daripada pihak juri.

“Pihak kolej akan berusaha meneruskan FESTMA-V ini pada masa akan datang untuk terus mewujudkan mahasiswa yang berdaya saing dalam usaha membangunkan Kesenian Islam” kata Dr. Amini.  - UPM

 


Tarikh Input: | Kemaskini: | amir_peli

PERKONGSIAN MEDIA

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1000
+603 8948 7273
B1566714967