Kampus Satelit Serlahkan Kolaborasi Penyelidikan 20 Tahun Kyutech & UPM | Universiti Putra Malaysia
» BERITA » Kampus satelit serlahkan kolaborasi penyelidikan 20 tahun Kyutech & UPM

Kampus satelit serlahkan kolaborasi penyelidikan 20 tahun Kyutech & UPM

Oleh Kuah Guan Oo
Gambar oleh Marina Ismail

SERDANG, 24 Sept (UPM) -  Bermula dengan kolaborasi kecil melibatkan sisa kelapa sawit hampir 20 tahun lalu, Kyushu Institute of Technology (Kyutech) dari Jepun dan  Universiti Putra Malaysia (UPM) akan menganjurkan satu simposium untuk menyerlahkan perkongsian rapat mereka sempena perasmian kampus satelit Kyutech di Serdang.

Kampus Satelit Super Malaysia (MSSM) di UPM adalah kampus Jepun pertama di Malaysia dan Asia Tengara yang menawarkan program ijazah berkembar Kyutech-UPM manakala simposium “Ke Arah Mengukuhkan Kolaborasi Penyelidikan Malaysia-Jepun” dari 30 Sept hingga 1 Oct 2013, adalah yang pertama dalam satu siri bertujuan menyediakan landasan unik bagi penyelidik, pelajar dan jurutera berkongsi pengalaman dan pandangan mereka.

Prof Dr Mohd Ali Hassan, Dekan Fakulti Bioteknoligi dan Biomolekular memainkan peranan utama ketika Kyutech pertama kali datang ke sini untuk menjalin kolaborasi penyelidikan iaitu di Felda Serting Hilir pada 1994. Ia bertujuan untuk mengurangkan gas rumah hijau (GHG), hasil daripada kilang pemprosesan kelapa sawit dan bagi menggunakan biomas sawit.

Projek permulaan yang dirintis di Serting Hilir, kata Prof Ali, telah menghasilkan sejumlah pencapaian termasuk kilang percubaan biogas yang beroperasi penuh, sebuah kilang percubaan bioplastik di SIRIM, sebuah Konsortium Biomas Kelapa Sawit di bawah Strategi Biomas Negara dan Kilang Penapisan Bio Bandar Biomas Serdang.

Selain menerima lebih daripada RM10 juta geran penyelidikan, kolaborasi penyelidikan itu berjaya melahirkan 15 pelajar PhD manakala lagi 10 kini sedang diselia bersama Kyutech-UPM.

Turut sama dihasilkan adalah 60 kajian rujukan dengan penulis bersama, manakala  Scival Spotlight memutuskan bahawa Kyutech adalah rakan kolaborasi UPM yang utama.

Hasil penyelidikan mereka telah memperolehi lapan paten bersama, 10 syarikat kongsi industri dari Malaysia dan Jepun, lima pingat Emas, tiga kilang perintis dan sebuah kilang komersial yang diuruskan Felda Palm Industries Sdn. Bhd.

Secara keseluruhannya,  pelajar UPM dan warga kerja akademik melakukan 50 lawatan ke Kyutech, terletak di Fukuoka, sebuah wilayah di hujung utara pulau Kyushu manakala sebagai timbalbalas Kyutech membuat 150 lawatan ke UPM.

Prof Ali berkata kolaborasi penyelidikan dengan Kyutech mengenai biomas kelapa sawit  menjadi amat penting memandangkan hakikat ada lebih lima juta hektar ladang kelapa sawit di Malaysia, mengeluarkan 90 juta tan biomas diperbaharui  setiap tahun.

Minyak sawit juga sumber hasil mahsul utama untuk negara hinggakan ia disifatkan sebagai emas cair Malaysia di mana Felda, pengeluar terkemuka amat berminat mewujudkan industri hijau baharu menggunakan biomas sawit.

Kolaborasi rapat ini telah membawa kepada Kyutech membuka pejabat satelitnya di UPM pada Ogos 2004, sebelum kedua-dua universiti itu memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) untuk menubuhkan MSSM pada 8 Mac 2013.

Persefahaman itu ditandatangani oleh presiden Kyutech Dr Morio Matsunaga dan Naib Canselor UPM Prof Datuk Dr Mohd Fauzi Ramlan. Ia disaksikan oleh Duta Besar Jepun ke Malaysia, Shigeru Nakamura, dan Menteri Pengajian Tinggi ketika itu, Dato’Seri Mohamed Khaled Nordin.

Prof Ali berkata keutamaan akan diberikan kepada pelajar bidang kejuruteraan, sains komputer, perubatan dan bioteknologi selain  mereka perlu belajar di dua universiti itu pada masa berbeza.

Selepas Serting Hilir di Negeri Sembilan, kerjasama UPM dengan Kyutech beralih ke  Sandakan dan kawasan Sungai Kinabatangan pada 2002 di mana kedua-duanya bekerjasama untuk membangunkan satu sistem sisa buangan sifar untuk kilang kelapa sawit.

Projek konsep hijau di Sandakan akan mempunyai satu sistem pembuangan sisa kelapa sawit yang lebih baik dan selamat tanpa toksin sambil menjamin kualiti udara bebas daripada pencemaran. Projek empat fasa itu meliputi biogas untuk kuasa, biodisel untuk bahan bakar dan biokompos untuk baja.

Dalam laman webnya, Kyutech memberitahu kolaborasinya dengan UPM dan Institut Sains dan Teknologi Industri Termaju (AIST) di Pusat Penyelidikan Biomas UPM  berujuan untuk menjana tenaga diperbaharui dan produk tambah nilai daripada sumber biomas di Malaysia, termasuk biomas sawit.

Mereka juga mahu menggalakkan pembentukan modal insan yang boleh memberi sumbangan dalam usaha menyelesaikan isu-isu pemanasan global di rantau Asia. – UPM

- kgo/agn/kam

Tarikh Input: | Kemaskini: | amir_peli

PERKONGSIAN MEDIA

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1000
+603 8948 7273
B1566719289