HKIP Membudayakan Kualiti Dan Inovasi Perkhidmatan Staf | Universiti Putra Malaysia
» BERITA » HKIP membudayakan kualiti dan inovasi perkhidmatan staf

HKIP membudayakan kualiti dan inovasi perkhidmatan staf

Oleh: Noor Eszereen Juferi

Foto oleh: Noor Azreen Awang

 

SERDANG, 2 Nov – Universiti Putra Malaysia (UPM) menganjurkan Sambutan Hari Kualiti dan Inovasi Perkhidmatan (HKIP) 2018 bagi membudayakan kualiti dan inovasi staf untuk melahirkan kelompok pekerja yang memiliki budaya pemikiran kreatif dan cara kerja bersinergi.

 

Naib Canselor, Prof. Datin Paduka Dato’ Dr. Aini Ideris berkata inisiatif pelaksanaan HKIP diharap akan memberi impak positif kepada universiti serta hasil inovasi yang dihasilkan oleh staf boleh diaplikasikan dalam pelbagai aspek untuk dimanfaatkan di masa depan.

 

“Pelbagai aspek inovasi boleh diaplikasikan antaranya pengurusan pelanggan, amalan budaya kerja, pengurusan strategik dan kepimpinan, sumber manusia, kewangan, aset teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta pengurusan projek-projek pembangunan,” katanya.

 

Beliau berkata, Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) adalah salah satu contoh sinergi pemikiran kreatif yang dapat menghasilkan pelbagai inovasi yang diiktiraf dan dua buah kumpulan KIK UPM mendapat penarafan emas di Konvensyen KIK peringkat Universiti Awam ke-14 di Universiti Malaya baru-baru ini.

 

“Kumpulan iDECTECH dari Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC)  membangunkan direktori pengenalan tunggal atau UPM-ID semua sistem aplikasi yang dibangunkan secara dalaman di UPM yang hanya menggunakan satu id dan kata laluan yang sama.

 

“Kumpulan Langit Putra iaitu kumpulan gabungan daripada Putra Science Park dan Pejabat TNC (P&I) dengan inovasi SkytiderTM iaitu alat yang dicipta untuk menggantungkan dan menurunkan bunting outdoor pada tiang lampu yang lebih selamat dan praktikal tanpa menggunakan tangga atau kren,” katanya.

 

Pengerusi Induk Sambutan HKIP 2018, Prof. Dr. Amin Ismail berkata sambutan HKIP 2018 yang bertemakan “Pemikiran Kreatif Penggerak Sinergi Inovasi” merupakan kali ke-6 sejak tahun 2013 adalah suatu usaha yang baik serta memberi impak positif kepada universiti.

 

“Kreativiti di kalangan staf bukan hanya bakat semula jadi individu malah ia boleh dipelajari. Dengan adanya persekitaran serta teknik yang bersesuaian potensi ini boleh dikenal pasti dan dipupuk,” katanya.

 

Pemenang bagi 15 kategori yang dipertandingkan ialah: 

 

  1. Hadiah Mencipta Tema

 

Nuraida Ibrahim, Perpustakaan Sultan Abdul Samad

 

  1.  Hadiah Idea Inovasi

 

Lampu dan Bunyi Amaran - Zulkifli Sulaiman, Kolej Sultan Alaeddin Suleiman

Shah (KOSASS)

 

Kerusi Pintar - Norhezrulsham Muhamad Nodin, Pusat Pembangunan Maklumat

dan Komunikasi

 

Water Saving System - Mohd Johari Sepet, Fakulti Sains

 

Re-Bunting Carrier (RBC) - Asrizam Esam, Putra Science Park

 

Mobile Advertising Stand (MAS) - Fahmi Azar Mistar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar

 

  1.  Anugerah Pengurusan Laman Web

 

Sekolah Pengajian Siswazah – Piala Pusingan

 

  1.  Anugerah Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

 

Fakulti Ekonomi dan Pengurusan – Piala Pusingan

 

  1.  Anugerah Kualiti Persekitaran tempat Kerja

 

(Kategori Fakulti/Asasi) - Fakulti Ekologi Manusia 

(Kategori Institut/Kolej/Sekolah/Akademi) - Institut Biosains 

(Kategori Entiti Perkhidmatan) - Perpustakaan Sultan Abdul Samad

Keseluruhan - Perpustakaan Sultan Abdul Samad

 

  1.  Anugerah Pengurusan Lean

 

Bahagian Audit Dalam

Projek: Proses Pengauditan Indeks Akauntibilit

 

 

  1.  Anugerah Kumpulan Inovatif dan Kreatif

 

iDETECH – Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi

 

Langit Putra – Putra Science Park & Pejabat TNCPI

 

 

  1.  Anugerah Inovasi Perkhidmatan

 

Kategori Teknikal – Kumpulan PutraBiz @ CEM

Kategori Pengurusan – Kumpulan THE CORE 2.0 – Bahagian Audit Dalam & CoSComm

 

 

  1.  Anugerah Indeks Akauntabiliti Pengurusan Kewangan

 

Kategori 3 – Kolej Kedua

Kategori 2 – Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen

Kategori 1 – Pusat Kesihatan Universiti

 

  1. Anugerah Penarafan Bintang Pengurusan Pentadbiran

 

Pusat Alumni

 

  1. Anugerah Mutiara Kualiti & Inovasi Naib Canselor

 

Fakulti Ekologi Manusia

 

  1. Hadiah Pertandingan Koir HKIP

 

Fakulti Ekologi Manusia

 

  1. Hadiah Pertandingan Delegasi Kreatif PTJ

 

Fakulti Ekonomi dan Pengurusan

 

  1. Penghargaan Khas Kualiti Perkhidmatan Pelanggan

 

Sri Kantha Rao a/l Sani Babu

 

  1. Penghargaan Putra Ihsan Q-Inovatif

 

Mohd Faizal Daud

Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi

 

Krishnan Mariappan

Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi

 

Mohd Izhwan Muhamad

Fakulti Kejuruteraan

 

Allan Lajot

Fakulti Pertanian

 

Noraihan Noordin

Fakulti Kejuruteraan

 

Mat Razi Abdullah

Pusat Islam Universiti

 

Siti Maryam Othman

Pejabat Penasihat Undang-undang

 

Nor Afida Miskan

Pejabat Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

 

Dato’ Wan Azman Wan Omar

Pejabat Pendaftar

 

Siti Rozana Supian

Pejabat Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat)

 

Shahriman Hashim

Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)

 

Tarikh Input: 21/11/2018 | Kemaskini: 21/11/2018 | hairul_nizam

PERKONGSIAN MEDIA

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1000
+603 8948 7273
B1566718703