FREE MARKET UPM BERI BARANGAN PERCUMA KEPADA MASYARAKAT | Universiti Putra Malaysia
» BERITA » FREE MARKET UPM BERI BARANGAN PERCUMA KEPADA MASYARAKAT

FREE MARKET UPM BERI BARANGAN PERCUMA KEPADA MASYARAKAT

Oleh: Noor Eszereen Juferi
Foto: Marina Ismail



SERDANG, 19 JULAI (UPM) – Universiti Putra Malaysia (UPM) anjur Free Market iaitu program kemasyarakatan dengan memberi barangan percuma, iaitu barangan baharu dan terpakai yang masih elok  kepada masyarakat miskin.

Program yang julung kali diadakan merupakan tanggungjawab sosial (CSR) warga UPM untuk membantu masyarakat tanpa mengharapkan balasan serta meningkatkan sifat tolong menolong sesama insan.

Pengarah program, Rafidah Sadarudin berkata keunikan program ini adalah ketiadaan urusan jual beli dan penerima boleh mengambil barangan tersebut secara percuma.



“Sasaran penerima adalah kepada anak yatim, asnaf, ibu tunggal serta pihak kami memastikan hanya barangan yang baik sahaja dibenarkan untuk diberi dan dipilih oleh masyarakat,” katanya di Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Keseniaan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di mana “free market” julung kali diadakan.

Tambah beliau, program ini turut mendidik peribadi dan mengajar secara langsung erti berkongsi kepada pihak yang lebih memerlukan.

“Free Market bukannya pertandingan untuk mengambil peluang dengan mengambil barang secepat mungkin. Kami membiarkan pelanggan untuk menentukan barangan yang sesuai untuk diambil,” katanya.

 



Antara barangan yang disumbangkan oleh orang awam kepada program Free Market ialah pakaian, peralatan serta perhiasan rumah, buku, kasut, barangan elektronik, barangan dapur dan permainan kanak-kanak.

Sementara itu 1,000 pengunjung telah menghadiri program ini terdiri daripada badan kebajikan iaitu Baitul Kasih, Pertubuhan Amal Cahaya Keajaiban NM, Rumah Anak Yatim Dengkil, Persatuan Ibu Tunggal Gombak, Madrasah Adiniah serta golongan orang kurang upaya (OKU) dan warga tua sekitar Serdang, Putrajaya dan Kuala Lumpur.

Antara perkhidmatan yang disediakan di Free Market ialah perkhidmatan menggunting rambut secara percuma, bergambar dengan ular, melukis potret, urutan korporat dan pertunjukan silap mata. – UPM/nej/kgo

 


Tarikh Input: | Kemaskini: | amir_peli

PERKONGSIAN MEDIA

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1000
+603 8948 7273
B1566719927