| Universiti Putra Malaysia

ESYMS lancar penghantaran ubat HPUPM

Oleh: Nur Syamila Kamarul Arefin
Foto Oleh: Mozaid Idris

 

SERDANG, 20 Julai: Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Esyms. Sdn. Bhd. jalin kerjasama memorandum perjanjian (MoA) dalam perkhidmatan  penghantaran ubat kepada pesakit di Farmasi Pesakit Luar, Hospital Pengajar UPM (HPUPM.)

MoA itu ditandatangani oleh Naib Canselor UPM, YH. Prof. Dato' Dr. Mohd. Roslan Sulaiman bersama Pengasas Esyms Sdn. Bhd., En. Lam Wee Yong yang disaksikan oleh Timbalan Pengarah HPUPM, Prof. Dr. Syafinaz Amin Nordin dan Ketua Jabatan Farmasi, Tan Poh Yeen.

YH. Prof. Dato' Dr. Mohd. Roslan berkata perkhidmatan penghantaran ubat adalah perkhidmatan pembekalan ubat susulan terus ke lokasi pilihan pesakit menggunakan syarikat kurier (Esyms Sdn Bhd) dengan caj kiriman yang telah ditetapkan.

“Ia merupakan salah satu daripada Perkhidmatan Tambah Nilai Farmasi (Value Added Service) yang disediakan  untuk kemudahan pesakit bagi menjamin kesinambungan bekalan ubat susulan pesakit.

"Perkhidmatan penghantaran Farmasi ESYMS ialah satu-satunya syarikat yang menyediakan perkhidmatan penghantaran rantaian sejuk iaitu dengan beg penghantaran dikawal suhu dan kakitangan telah dilatih mengenai pengendalian barang rantai sejuk yang betul.

Turut hadir Timbalan Pengarah HPUPM mewakili Pengarah HPUPM, Prof. Dr. Syafinaz Amin Nordin dan Ketua Pegawai Eksekutif ESYMS Sdn. Bhd, Lam Wee Yong.

Ketua Pegawai Eksekutif Esyms Sdn. Bhd., Lam Wee Yong berkata, ESYMS dapat mengadakan jaringan kerjasama strategik dengan Hospital Pengajar UPM untuk memberikan perkhidmatan penghantaran ubat kepada pesakit bagi menjamin kesinambungan bekalan ubat susulan dan kemudahan para pesakit yang menerima rawatan di HPUPM.

“Pada tahun 2019, ESYMS telah menjalankan penyelidikan dan pembangunan dalam sistem ALLMEDS, bertujuan untuk menyelesaikan masalah berhubungkait dengan penerimaan ubat susulan oleh pesakit terutamanya golongan pesakit yang mempunyai ubat rangkaian sejuk seperti insulin dan ubat titis mata. Sistem ini telah dilaksanakan di bawah projek rintis di beberapa fasiliti awam dan menerima sambutan yang baik daripada pelanggan hospital.

“Kini, sistem ALLMEDS telah dimanfaatkan oleh Farmasi dan pesakit dari semua Hospital Pengajar seperti UM, UKM dan UITM, hospital swasta dan hospital awam yang akan diumumkan nanti. Sistem ALLMEDS menyediakan aplikasi yang memberi kemudahan kepada pihak farmasi dan pesakit hospital untuk mewujudkan pesanan penghantaran ubat dan pemantauan penghantaran ke lokasi pesakit dengan tepat dan cepat.

“Penghantaran ubat rantaian sejuk pesakit dikendalikan oleh para penghantar terlatih dalam bungkusan penghantaran ALLMEDS yang dapat mengawal suhu dalam lingkungan 2-8 darjah celcius. ALLMEDS by ESYM telah melengkapkan lebih daripada 100,000 penghantaran parcel ubat daripada pelbagai fasiliti kerajaan mahupun swasta. Melalui skop kerjasama yang menyeluruhkan bersama HPUPM ini, kami amat yakin bahawa lebih banyak pesakit akan dapat menikmati manfaat melalui kemudahan penghantaran yang dijamin keselamatan, kelajuan dan kualiti.

Sementara itu, HPUPM memperkenalkan kepada pengunjung dalam mengenali dan memahami tujuh bidang utama/niche yang akan diperkenalkan di HPUPM kelak iaitu Pusat Sehenti Pesakit Strok, Pusat Sehenti Kanser Prostat, kecederaan sukan dan arthroscopic surgery (SIASCOE), Pusat Penyelidikan Perubatan Termaju Alergi dan Imunologi Klinikal (AMRAC), zoonotic, gerontology dan cancer-hematology (REACH). -UPM

SXEbFA2~