| Universiti Putra Malaysia

Empat ahli akademik UPM terima Anugerah Akademik Negara Ke-13

Oleh Khairul Anuar Muhamad Noh 

Foto Noor Azreen Awang

SERI KEMBANGAN, 29 Okt – Empat ahli akademik Universiti Putra Malaysia (UPM) dinobatkan antara sembilan penerima Majlis Anugerah Akademik Negara ke-13 di Hotel Palace of The Golden Horses di sini.

Prof. Dr. Lai Oi Ming menerima Anugerah Inovasi dan Pengkomersialan Produk sementara Prof. Dr. Sherina Mohd Sidik menerima Anugerah Penerbitan Makalah Jurnal (Bidang Sains Sosial dan Sastera).

Bagi Anugerah Seni dan Kreativiti, turut menerima anugerah ialah Dr. Ang Mei Foong (Kelompok Seni Persembahan) dan Prof. Madya Dr. Kamariah Kamarudin (Kelompok Penulisan Kreatif).

Masing-masing menerima wang tunai RM50,000 bersama sijil dan trofi yang disampaikan oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Anugerah berprestij itu merupakan pengiktirafan tertinggi kerajaan kepada  akademia Malaysia yang telah banyak melonjakkan imej pengajian tinggi negara di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Turut hadir pada majlis itu ialah isteri Perdana Menteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali; Timbalan Menteri Pelajaran, Teo Nie Ching dan Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, Datuk Dr. Siti Hamisah Tapsir. - UPM

WXEaXA~