| Universiti Putra Malaysia

Syukur dapat pulang ke kampung halaman

 

Oleh: Noor Eszereen Juferi

Foto: Noor Azreen Awang

 

SERDANG, 2 Mei – Pelajar Bacelor Pentadbiran Perniagaan, Sekolah Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Putra Malaysia (UPM), Firdaus Japre berasa bersyukur akhirnya dapat pulang ke kampung halaman selepas terkandas di kampus 44 hari ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac lalu.

Firdaus yang berasal dari Taiping, Perak berkata pada awal pengumuman PKP, beliau hendak pulang ke kampung tetapi pihak universiti mengarahkan semua pelajar untuk terus berada di kampus.

“Mulanya saya berasa kekok bersendirian dalam bilik kediaman kerana rakan sebilik telah pulang ke kampung lebih awal sebelum arahan PKP diumumkan.

“Saya kemudian mengambil inisiatif untuk bergaul dengan pelajar dari blok lain yang sebelum ini saya tidak pernah bertegur... daripada situ saya dapat mengenali rakan-rakan baharu,” katanya.

 

Beliau berkata pihak universiti turut mengadakan pelbagai program antaranya menyediakan face sheild untuk petugas barisan hadapan, manakala Majlis Perwakilan Pelajar UPM Sesi 2019/2020 menganjurkan Pertandingan Photypography Kreatif dalam program Putra Quality Quarantine 2020

 

Firdaus melafazkan rasa terima kasih atas inisiatif UPM, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan barisan hadapan dalam membantu pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) pulang ke kampung halaman dengan selamat.

“Sekembali saya ke kampuang, saya akan lakukan kuarantinkan diri dengan keluarga kerana bimbang memberi risiko kepada keluarga walaupun saya tiada close contact dengan pesakit COVID-19,” katanya.

Kepada pelajar UPM yang rasa tertekan dengan situasi PKP dan online study, beliau berkata, mereka perlu menanamkan rasa bersyukur kerana terdapat kalangan pelajar yang tidak dapat pulang kerana kediaman keluarga berada dalam zon merah penularan COVID-19.

Ibunya, Zakiah Ahmad berkata beliau berasa seronak anak beliau dapat pulang ke rumah tetapi dalam masa yang sama bimbang dengan keadaan wabak COVID-19 di Malaysia.

“Saya yakin pihak kerajaan sudah menyediakan SOP yang ketat untuk para pelajar pulang ke kampung serta selaku ibu bapa saya mengucapkan terima kasih kepada UPM kerana menjaga kebajikan anak saya sepanjang PKP dijalankan di kampus,” katanya. - UPM

SXFFBAO~