| Universiti Putra Malaysia

Perlawanan Bola Sepak Amal Alumni erat ukhwah Serdang Bees 40-an bersama UUM Legend

Oleh : Nurul Ezzaty Mohd Azhari
Foto: Muhammad Ezham Hussin

SERDANG, 14 Mac - Pusat Perhubungan Alumni, Universiti Putra Malaysia (UPM) menganjurkan program Menggamit Seribu Kenangan: Alumni Reunion (MEKAR) Siri 7: Perlawanan Bola Sepak Amal Alumni UPM dengan kerjasama Serdang Bees 40-an.

Perlawanan bola sepak itu berlangsung pada malam 11 Mac di Stadium Pusat Sukan UPM di antara pasukan Serdang Bees 40-an dan alumni Universiti Utara Malaysia (UUM) Legend bertujuan untuk mengeratkan lagi ukhwah persahabatan antara kedua-dua pasukan.

Dalam pada itu,perlawanan ini juga mengumpul sumbangan kepada mantan pengurus Serdang Bees Rozaini Ab Rahim yang jatuh sakit (jantung).

Presiden Kesatuan Kakitangan AM (KEPERTAMA) UPM, Norsyahriman Md Arif yang telah merasmikan perlawanan bola sepak pada malam itu berkata perlawanan tersebut mengangkat nilai persahabatan yang sudah lama terjalin antara pemain Serdang Bees 40-an bersama bersama UUM Legend.

“Mereka ini pada zaman belajar dahulu merupakan pemain-pemain yang mewakili universiti masing-masing. Jadi ianya akan mengimbau kembali zaman kegemilangan mereka dan merapatkan lagi persahabatan memandangkan sudah lama tidak berjumpa.

“Saya juga mencadangkan agar pihak kita (UPM) boleh ke UUM pula untuk bermain bola juga di sana. Terima kasih juga kepada Pusat Perhubungan Alumni kerana menjemput KEPERTAMA bersama melibatkan diri dalam perlawanan ini,” katanya. -UPM

WXFFGAV~