| Universiti Putra Malaysia

UPM jalin kerjasama dengan Balai Kajian dan Pengembangan Budaya Melayu, Indonesia martabat bahasa Melayu dipersada antarabangsa

 
YOGYAKARTA, 10 Julai: Universiti Putra Malaysia (UPM) menjalinkan kerjasama erat dalam bidang pengembangan bahasa Melayu bersama Balai Kajian dan Pengembangan Budaya Melayu, Indonesia di Yayasan Suluh Melayu Nusantara baru-baru ini.
 
Majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara UPM dan Balai Kajian dan Pengembangan Budaya Melayu dibuat bagi menjalinkan kerjasama erat dalam memartabatan bahasa Melayu di rantau antarabangsa.
Naib Canselor UPM, Dato' Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman akan melibatkan ahli bahasa dari UPM untuk mengembangkan Bahasa Melayu dipersada antarabangsa iaitu dari Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi UPM.
"Persepakatan yang dicapai ini akan memberi impak positif bagi mempertingkatkan pemahaman dalam pengunaan bahasa Melayu di peringkat global.
 
"Bahasa Melayu akan diperkukuh dan berkembang seiring dengan dunia moden yang semakin kompetitif. Disamping itu, kerjasama erat dalam bidang pengembangan bahasa Melayu, terutama program penyelidikan, pertukaran pegawai akademik, perkongsian pengalaman dan pengetahuan berkaitan kebudayaan Melayu," katanya.
 
 
Dalam pada itu, beliau turut menambah MoU ini akan memberikan manfaat yang besar dalam pengukuhan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa yang penting dan relevan di arena antarabangsa. - UPM
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

WXFNPAg~