Oleh Khairul Anuar Muhamad Noh
PUTRAJAYA – Universiti Putra Malaysia (UPM) menghargai sumbangan rakan industri dan komuniti negara menjayakan fungsi jaringan industri dan masyarakat dalam ‘UPM Industry and Community Appreciation’ (ICAN 2018) di sini.
Majlis tahunan kali ketujuh itu memberi Anugerah Jaringan Industri dan Komuniti Berimpak Tinggi UPM kepada rakan industri dan komuniti, pegawai akademik dan bukan akademik serta pelajar UPM yang telah menyumbang dengan cemerlang dalam program atau projek jaringan industri dan komuniti pada tahun 2017.
Naib Canselor UPM, Prof. Datin Paduka Dato’ Dr. Aini Ideris berkata majlis ICAN2018 yang dianjurkan oleh Pejabat Jaringan Industri dan Masyarakat UPM bersama-sama UCTC UPM (University Community Transformation Centre) dan CiRNeT (Center for Indutry Relations and Network) adalah kerjasama berimpak tinggi oleh warga UPM bersama-sama rakan industri, NGO, badan kerajaan dan juga komuniti.
“Program ini adalah antara inisiatif dari 10 lonjakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pengajian Tinggi) yang menjadi paksi kepada kelestarian hubungan dinamik di antara universiti, kerajaan, industri dan juga masyarakat.
“Kecemerlangan Jaringan Industri dan Masyarakat (JIM) UPM berjaya mencapai kesemua sasaran 2017. Sebanyak 5,863 jumlah bilangan jaringan industri dan komuniti berjaya dilaksanakan oleh PTJ-PTJ di UPM, di mana 70 daripadanya merupakan projek industri berimpak tinggi dan 66 projek komuniti berimpak tinggi iaitu 4 dan 5 bintang,” katanya pada majlis di Pulse Grande Hotel, Putrajaya.
Prof. Aini berkata pelaksanaan projek jaringan industri dan komuniti di UPM adalah sejajar dengan keperluan negara di mana hampir 65% projek komuniti UPM menyokong kepada intervensi masalah sosial di Malaysia.
Pada majlis itu, pelajar Tahun 1 Bacelor Sains Pertanian, Fakulti Pertanian UPM, Syazwan Nur Hakim Muhamad Arif telah menerima Biasiswa dari Genting Plantations Berhad untuk tahun 2018 daripada President & COO Genting Plantations Berhad, Tan Wee Kok. Biasiswa itu diwujudkan bagi memperkasakan sektor pertanian di Malaysia.
Sementara itu Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat), Prof. Dato’ Dr.-Ing. Ir. Renuganth Varatharajoo berkata 340 geran-geran penyelidikan dan pengembangan berkaitan aktiviti-aktiviti Jaringan Industri dan Masyarakat (JIM) yang telah diperolehi iaitu terdiri dari geran Penyelidikan Kontrak daripada Industri, geran Knowledge Transfer Program (KTP), geran UCTC National Blue Ocean Strategy (NBOS), dan geran KTGS.
“Geran tersebut memberi peluang kepada warga universiti untuk melaksanakan pemindahan ilmu dan teknologi kepada komuniti untuk meningkatkan kesejahteraan komuniti terbabit. Geran penyelidikan kontrak industri membolehkan pegawai akademik Universiti untuk menjalankan penyelidikan berkisar isu-isu industri.
“Daripada 5,863 buah program/projek JIM yang dijalankan, sebanyak 388 program dijalankan di peringkat antarabangsa dan 69 program/projek diiktiraf sebagai Program Angkat bertaraf 4 dan 5 bintang (berimpak tinggi),” katanya.
Prof Renu berkata kebanyakan projek antarabangsa tersebut berkisar dengan program pembangunan modal insan, manakala Projek Angkat pula melibatkan program antara lainnya seperti Inovasi dan Reka Cipta, Pembangunan Modal Insan, Warga Emas, Pembangunan Halal, Pembangunan Usahawan, Khidmat Pengembangan dan Komuniti, Bandar Hijau Serdang, Pembangunan Orang Asli, Inkubasi, Jaringan Antarabangsa, Promosi Universiti dan Kepakaran dan Kesejahteraan Komuniti.
Program JINM dibiayai oleh pendapatan yang dijana dari Industri/Komuniti sama ada dalam bentuk tunai mahupun nilai setara (in-kind) sebanyak RM72.4 juta bagi tahun 2017. - UPM
KATEGORI INDUSTRI
BIL |
RAKAN IDUSTRI |
NAMA PROJEK |
1 |
The Coca Cola Industry |
Recycle Programme at the Universities in Malaysia (Recycling@U)- portion A1(15347) Recycle Programme at the Universities in Malaysia (Recycling@U)- portion SZZ(10942) |
2 |
Texas Instruments (M) Sdn. Bhd. |
TI-UPM Program – Analog Electronics and Product Engineering |
3 |
Air Asia Berhad |
UPM-AIRASIA LIVERY |
BIL |
NAMA KETUA PROJEK |
NAMA PROJEK |
1 |
MOHD. HAIR BIN BEJO |
Transforming Workforce Response To Infectious Disease Threats in Global Hotspots |
2 |
NOOR’AIN BINTI KAMSANI |
TI_UPM Program: Analog Electronics and Product Engineering |
3 |
MOHD. RAFII BIN YUSOP |
Faq/International Atomic Energy Agency (IAEA)- Evaluation and Selection of Rice Mutants/Varieties for Utilization to Increase Yield and Production, and for QualityFodder |
KATEGORI KOMUNITI
BIL |
RAKAN IDUSTRI |
NAMA PROJEK |
1 |
JKKK Kampung Pulau Semut, Melaka
|
Program latihan Integrasi Ekonomi dan Hijau |
2 |
Operator Pelancongan Pulau Mabul, Sabah |
Introducing Sustainable and Innovative Green Entrepreneurship by Turnong Trash to Cash through Inclusive Business for Marine bBased Lodging Enterprise (BORNEO Jungle River and Islands Tour) |
3 |
KRT Taman Seri Serdang, Selangaor |
Adik bijak Cerdik Duit: Menerapkan Budaya Kewangan yang Bijak Bermula Daripada Awal Usia
|
BIL |
NAMA KETUA PROJEK |
NAMA PROJEK |
1 |
LATIFAH BINTI ABD. MANAF |
Memperkasa Pengetahuan dan Ekonomi Masyarakat Kundasang, Sabah Melalui Penubuhan bank Sampah |
2 |
ROSNAH SHAMSUDIN |
Meningkatkan Taraf Ekonomi Penghuni Rumah Panjang Daerah Betong, Sarawak dengan MEnggunakan Teknologi Pepper Peel – O- Matic Bagi Pengeluaran Lada Putih Premium untuk Menggantikan Cara Tradisional |
( c ) PROJEK JARINGAN KOMUNITI TERBAIK (STAF BUKAN AKADEMIK)
BIL |
NAMA |
PROJEK |
1 |
CHE ZAILAWATI ABD. GHANI |
Program pengukuhan dan Peningkatan Minat Matematik di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Luar Bandar di Negeri Selangaor |
2 |
AINUN ZURIYATI MOHAMED ASA’ARI |
Projek Komuniti Bersama Sekolah Angkat |
( d ) PROJEK JARINGAN KOMUNITI TERBAIK (PELAJAR)
BIL |
NAMA |
PROJEK |
1 |
MUHAMMAD ZAKWAN AZIZAN |
Le Tour of Science (Sains di Bawah Bayu) |
KATEGORI PTJ TERBAIK
BIL |
NAMA PTJ
|
1 |
FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN
|
(b) INSTITUT
|
|
1 |
INSTITUT PERHUTANAN TROPIKA DAN PRODUK HUTAN
|
Tarikh Input: 04/05/2018 | Kemaskini: 04/05/2018 | hairul_nizam
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA