UPM Berpotensi Menjadi Universiti Agropelancongan – Ng Yen Yen | Universiti Putra Malaysia
» BERITA » UPM berpotensi menjadi universiti agropelancongan – Ng Yen Yen

UPM berpotensi menjadi universiti agropelancongan – Ng Yen Yen


SERDANG, 4 Dis - Menteri Pelancongan Malaysia, Dato’ Sri Dr. Ng Yen Yen berkata Universiti Putra Malaysia (UPM) berpotensi menjadi universiti agropelancongan pertama di Malaysia.

Beliau berkata UPM mempunyai pelbagai kelebihan berbanding universiti lain seperti kawasan kampus yang luas, kekuatan dalam bidang pertanian dan perhutanan serta jumlah pelajar yang ramai.

“Pada 2011, seramai 24.7 juta pelancong melawat Malaysia dan menjana pendapatan negara sebanyak RM58.3 bilion. Sekiranya konsep universiti agropelancongan ini dapat direalisasikan UPM mampu meraih pendapatan yang lebih.



“UPM boleh menggunakan tenaga pelajar sendiri sebagai pemandu pelancong universiti. Secara tidak langsung, ia menjadi landasan kepada mereka menimba pengalaman bekerja dan menambah pendapatan.

“Kementerian bersama-sama dengan UPM akan duduk berbincang untuk mewujudkan projek perintis bagi mentransformasikan UPM sebagai pusat agropelancongan,",” katanya pada majlis Pelancaran Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia dan Pelancaran Perasmian Kempen Kesedaran Penjimatan Elektrik di sini hari ini.

Sementara itu beliau berkata Pelancaran kad diskaun 1Malaysia (KADS1M) merupakan sebahagian usaha kerajaan untuk membantu mengurangkan kos sara hidup pelajar di Institut Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta seluruh negara.



“KADS1M ini merupakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat yang memberikan diskaun. Ia juga merupakan usaha kerajaan menyediakan platform untuk menggalakkan penglibatan sektor swasta dalam projek yang menyumbang ke arah kesejahteraan rakyat.

“KADS1M ini akan memberi manfaat kepada lebih 1.5 juta pelajar  IPT dengan menawarkan potongan dari dua hingga 60 peratus untuk pelbagai jenis barangan dan perkhdimatan seperti buku, alat tulis, makanan, produk kesihatan dan juga peralatan sukan di kedai yang terpilih,” ujar beliau.

Berita disediakan oleh Muhamad Najkhan Mazlan, 03-89466011 dan foto oleh Marina Ismail, 03-89468985


Tarikh Input: | Kemaskini: | amir_peli

PERKONGSIAN MEDIA

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1000
+603 8948 7273
B1566715104