| Universiti Putra Malaysia

UPM anjur Projek Gempur Tani jalani aktiviti penuaian kacang tanah

SERDANG -    Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS), Universiti Putra Malaysia (UPM) menjalankan Projek Gempur Tani aktiviti penuaian kacang tanah melahirkan kolegiat KOSASS yang mempunyai pengetahuan dalam mengusahakan bidang pertanian.

Pengetua Kolej KOSASS, UPM, Prof. Madya Dr. Mohd Mursyid Arshad berkata ini adalah sejajar dengan matlamat universiti dalam memperkasakan UPM sebagai Pusat Kecemerlangan Pertanian.

“Melalui program ini saya berharap dapat melahirkan peserta yang mempunyai ilmu asas pertanian dan kumpulan usahawan tani yang berilmu yang boleh memanfaatkan kepada negara di masa akan datang,” katanya.

Selain itu, projek itu memfokuskan kepada penanaman berkonsepkan akuaponik dan tanaman ladang di kawasan kolej. Dijangkakan melalui tanaman ladang akan menghasilkan 1,360 pokok jagung serta pokok serai dan hasil jualan tanaman akan menjadi sumber dana kepada KOSASS.

Ketua program Projek Gempur Tani KOSASS, Ong Khai Heo berkata melalui aktiviti pertanian seperti ini dapat menghasilkan serta memperkukuhkan kumpulan tenaga kerja yang terlatih dan mahir untuk keperluan industri pertanian bagi memartabatkan agenda pertanian di setiap kolej di UPM.

“Inisiatif yang diambil bagi mengadakan aktiviti-aktiviti pertanian di kolej memberikan impak yang sangat memberansangkan kepada kolegiat dalam ilmu pertanian moden mahupun tradisional serta ilmu keusahawanan,” katanya.

Seramai 93 kolegiat KOSASS, UPM yang terdiri dari pelajar, felo pemantau PGTK dan ahli PGTK yang terlibat dalam projek tersebut.

Sebelum itu Projek Gempur Tani KOSASS, UPM telah menjalankan penanaman jagung, kangkung, sawi hijau, bayam hijau, bayam merah, kacang panjang renek, bayam brazil, serai, ubi kayu, pokok cili, pokok terung, salad, kubis, bendi dan buah naga pada sesi 2021/2022.

SXFGSAX~