| Universiti Putra Malaysia

UC, SUC-ACAP tandatangani MoU secara maya

SERDANG, 10 Ogos – Majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) diadakan oleh Southeast Asian Regional Center for Graduate Study and Research in Agriculture (SEARCA) baru-baru ini.

MoU itu ditandatangani oleh ahli Southeast Asian University Consortium for Graduate Education in Agriculture and Natural Resources (UC) dan State Universities and Colleges – Association of Colleges of Agriculture in the Philippines (SUC-ACAP), sebuah pertubuhan institusi pengajian tinggi awam dan swasta di Filipina yang menawarkan program pertanian.

Ia ditandatangani oleh Institut Pertanian Bogor (Indonesia), Universitas Gadjah Mada (Indonesia), Kasetsart University (Thailand), Universiti Putra Malaysia (Malaysia), University of The Philippines Los Baños (Filipina), Universitas Brawijaya (Indonesia), Tokyo University of Agriculture (Jepun), National Taiwan University (Taiwan), SEARCA dan SUC-ACAP.

MoU bagi UPM itu ditandatangani oleh Naib Canselor, Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman manakala Dekan Sekolah Pengajian Siswazah, Prof. Dr. Zalilah Mohd Shariff sebagai saksi. Selepas menandatangai MoU itu, Prof. Dr. Mohd Roslan diberi penghormatan menyampaikan ucapan bagi pihak UC.

MoU itu bertujuan memperkukuhkan kepentingan semua ahi bagi menggalak dan mempertingkatkan pertukaran akademik, mobiliti pelajar serta penyelidikan dan staf pengajar, serta bertukar-tukar amalan baik dan menganjurkan ijazah bersama/dua/pelbagai yang ditawarkan ahli-ahli. - UPM

WXETRAz~