| Universiti Putra Malaysia

Pelajar UPM sertai Pidato Ecobrick Intervarsiti

 

SERDANG, 7 Feb – Lima pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) menyertai Pertandingan Pidato Ecobrick Intervarsiti yang diadakan secara secara dalam talian, yang bertujuan membantu membina keyakinan peserta semasa berpidato.

Pertandingan itu diadakan dengan kerjasama Kelab Debat Bahasa Melayu, UPM dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan berlangsung selama sebulan. Ia diadili panel juri dari Kelab Debat Bahasa Melayu, UPM dan DBP.

Pertandingan itu adalah pengisian kedua yang dijalankan semasa Program Ecobrick: Strive for a Better Future yang diadakan dari 10 hingga 23 Januari 2021. Pengumuman keputusan pemenang pertandingan dibuat melalui hebahan media sosial.

Pelajar Bacelor Sains Statistik dengan Pendidikan Kepujian, Fakulti Sains,  Auni Syakirah Anuar berkata pertandingan itu sesuai diadakan memandangkan sesi bual bicara mengenai ecobrick telah diadakan secara siaran langsung di Facebook sebelum ini.

“Pertandingan ini dapat menambahkan lagi pengetahuan peserta mengenai ecobrick kerana perkara yang dihujah dalam pidato merupakan pengisian mengenai ecobrick,” katanya.

Ketua program, Nurul Izzati Sazali berkata pertandingan bertujuan meningkatkan kesedaran pelajar mengenai isu semasa berkaitan penggunaan plastik dan kepentingan menjaga alam sekitar.

Ia dijalankan secara dalam talian ekoran pandemik COVID-19. - UPM

SXDdRAQ~