Pelajar UPM Menang Tempat Ketiga ‘3 Days Of Code Hackathon 2019’ | Universiti Putra Malaysia
» BERITA » Pelajar UPM menang tempat ketiga ‘3 Days of Code Hackathon 2019’

Pelajar UPM menang tempat ketiga ‘3 Days of Code Hackathon 2019’

Oleh Dr. Novia Admodisastro

CYBERJAYA – Pelajar Bacelor Kejuruteraan Perisian, Fakulti Sains Komputer dan Taknologi Maklumat (FSKTM), Universiti Putra Malaysia (UPM) memenangi tempat ketiga pertandingan ‘3 Days Of  Code Hackathon’ (Multimedia University) 2019 baru-baru ini.

Kumpulan pelajar itu, Chan Yung Keat, Lee Jin Wee, Low Kah Yin, dan Liew Cui Ling membawa pulang hadiah bernilai RM500.

Ketua kumpulan, Chan Yung Keat yang juga pelajar tahun ketiga FSKTM berkata idea yang dimenangi merupakan inovasi bagi sistem yang dapat mengesan tindakan-tindakan cyberbullying dengan menggunakan Machine Learning untuk mengesan komen yang terdapat kata-kata maksud buli.

Nama sistem yang dipertandingkan adalah ‘No More Bully’.

Sistem itu akan memaparkan kes-kes cyberbullying di aplikasi web. Pihak berkuasa seperti kaunselor dan ibu bapa boleh memeriksa pelajar yang terlibat dalam kes cyberbullying melaului aplikasi web itu.

Pertandingan dianjurkan IT Society, Multimedia University (MMU), dan diadakan di MMU, CyberJaya dari 19 hingga 21 April lalu. Peserta diperuntukkan selama 36 jam untuk merealisasikan idea mereka.

Objektif pertandingan adalah untuk mengukur pengaturcaraan dan penyelesaian masalah kemahiran pelajar yang melibatkan skop ‘Education’, ‘Finance’ dan ‘Transportation’.

Pertandingan itu melibatkan pelajar ijazah daripada institusi pengajian tinggi awam dan swasta dalam pelbagai bidang dari seluruh Malaysia. - UPM

Tarikh Input: 17/05/2019 | Kemaskini: 29/05/2019 | hairul_nizam

PERKONGSIAN MEDIA

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1000
+603 8948 7273
B1568812916