| Universiti Putra Malaysia

Pelajar UPM anjur Program Kepimpinan Pelajar di SJKT Ladang West Country Timur

KAJANG, 20 Jun -  Pelajar Kursus Seni Penghujahan Kumpulan 3, Universiti Putra Malaysia (UPM) menganjurkan Program Kepimpinan Pelajar di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, (SJKT) Ladang West Country Timur, Bandar Baru Bangi, Kajang.

Objektif program ini dianjurkan bagi mendedahkan kepada pelajar tahun enam mengaplikasikan dan mempraktikkan kemahiran insaniah dapat diterapkan agar dapat melahirkan nilai insaniah yang dipelajari dalam kehidupan seharian.

 

Pengarah program Tamilaran A/L E Nagarajan berkata, pelajar tahun enam dipilih bagi memberi pendedahan awal kemahiran insaniah sebagai remaja yang bakal menempuh cabaran dan memerlukan mereka berfikir secara kritikal dan kompleks.

“Program ini diharapkan dapat memupuk nilai-nilai murni dan mempraktikkan kemahiran insaniah agar dapat melahirkan pemimpin-pemimpin yang mempunyai minda dan sahsiah kelas pertama serta semangat berpasukan dalam menjayakan program tersebut.

“Selain itu, pengisian program ini menyediakan pelbagai cabaran dalam bentuk aktiviti yang menerapkan nilai-nilai murni untuk diamalkan dalam kehidupan seharian dalam kalangan pelajar tahun enam,” katanya.

Program kepimpinan ini berlangsung pada 16 sehingga 17 Jun baru-baru ini di SJKT Ladang West Country Timur melibatkan 27 orang pelajar UPM.

Beliau berkata, program juga dapat mencungkil kemahiran sosial pelajar sekolah tersebut menerusi kolaborasi idea dan tenaga bersepadu daripada semua pihak dalam merealisasikan program ini.

“Ianya juga dapat membina keupayaan para pelajar sekolah untuk mengharungi cabaran yang akan dihadapi pada masa hadapan,“ katanya. - UPM

WXFMFAv~