| Universiti Putra Malaysia

Pasangan Graduan Bertunang di Hari Konvokesyen

Serdang, 20 Mac – Konvokesyen hari ini memberikan penuh makna buat Nur Syakira Hj Karim dan Muhammad Buzran Mohamad Azmi pasangan graduan yang mengikat tali pertunangan  sempena Majlis Konvokesyen UPM ke-45.

Pasangan ini menerima ijazah masing-masing dalam bidang Pengurusan Alam Sekitar, telah mengatur majlis pertunangan ringkas sejurus tamat Majlis Konvokesyen UPM ke-45. Kedua-kedua belah keluarga turut hadir bagi menyempurnakan ikatan pertunangan pasangan ini.

“Kami mengucapkan berbanyak terima kasih kepada kedua ibu bapa kami yang merestui perjalanan ikatan ini dan mohon doakan kejayaan kami seterusnya”, kata mereka yang ditemui selepas tamat Majlis Konvokesyen UPM ke-45 hari ini.

YBhg. Naib Canselor, Prof. Dato’ Dr. Mohd. Roslan Sulaiman turut sama meraikan majlis kepada Tn. Hj Karim Bahri ini yang merupakan staf di Pejabat Naib Canselor.

SXDdOAS~