| Universiti Putra Malaysia

MASALAH KELUARGA TIDAK PATAHKAN SEMANGAT GRADUAN UPM MERAIH IJAZAH

Oleh: Jerrywesly Senaja
Pelajar Bacelor Pentadbiran Perniagaan, SPE

SERDANG, 22 Mac - Ibu yang menghidap penyakit asma selama 10 tahun sehingga tergolong dalam golongan Orang Kurang Upaya (OKU) tidak mematahkan semangat graduan Bacelor Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling,  Noramirah Ibrahim, untuk meraih segulung ijazah pada Majlis Konvokesyen Universiti Putra Malaysia (UPM) yang ke-45 pada hari ini.

Noramirah, 25, berkata kakaknya merupakan sumber kewangan utama keluarga memandangkan ayahnya tidak dapat bekerja kerana mempunyai komitmen untuk menjaga ibunya.

Sepanjang pengajian beliau di UPM, beliau sanggup melakukan kerja sambilan bagi mengurangkan beban kewangan yang dihadapi oleh keluarga.

“Apa yang memotivasikan diri saya untuk menamatkan pengajian adalah ibu bapa dan keluarga,” katanya.

Tambah beliau, antara misi beliau selepas menamatkan pengajian adalah membalas jasa dan pengorbanan ibu dan ayah selama ini.

Beliau turut berpesan kepada pelajar UPM yang sedang menghadapi masalah keluarga supaya terus cekal dan sentiasa menjadikan pengorbanan keluarga sebagai sumber motivasi diri.

Sementara itu, beliau yang berasal daripada Pokok Sena, Kedah akan mula berkhidmat sebagai seorang kaunselor di sebuah sekolah di Perak bermula April 2022. - UPM

WXFUUA6~