| Universiti Putra Malaysia

IBS UPM meterai perjanjian dengan Biogenes Technologies tingkat kerjasama penyelidikan untuk aplikasi R&D

 
 
SERDANG, 10 Julai - Institut Biosains Universiti Putra Malaysia (UPM) menjalankan kerjasama dengan Biogenes Technologies Sdn Bhd bagi sewaan ruangan dan kerjasama penyelidikan, pembangunan dan pengkomersilan (R&D&C) bagi tujuan aplikasi R&D dalam diagnostik, terapeutik dan kesihatan haiwan dan agrikultur.
 
Kerjasama ini memberi ruang kepada syarikat Biogenes untuk menjalankan penyelidikan di makmal IBS UPM secara sewaan bagi tempoh 5 tahun.
 
 
Ketua laboratori Vaksin dan Biomolekul, IBS UPM, Prof Madya Dr. Nurulfiza Mat Isa berkata, memorandum perjanjian (MoA) ini membuka peluang kolaborasi penyelidikan yang lebih berimpak kepada pakar di UPM dan memperkukuhkan jaringan industri.
 
"Dana geran industri bernilai RM50,000 turut diserahkan kepada penyelidik IBS bagi memperkukuhkan penyelidikan bersama industri yang melibatkan kepakaran UPM.
 
"Selain itu pihak industri turut menawarkan program inkubator pelajar pascasiswazah berdurasi 12 bulan bagi mengembangkan bakat dan modal insan IBS selain memberi nilai tambah kepada mahasiswa kita, " katanya. - UPM

WXFMRAu~