| Universiti Putra Malaysia

FPSK UPM perkasa program pendidikan obesiti

Oleh: Nurul Ezzaty Mohd Azhari          
Foto: Noor Azreen Awang


SERDANG, 3 Nov – Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK), Universiti Putra Malaysia (UPM) menjalinkan kerjasama strategik bersama Novo Nordisk Pharma (Malaysia) Sdn. Bhd. dalam Majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) hari ini bagi memperkasakan program pendidikan obesiti di UPM dan Malaysia. 

Menerusi MoU ini, kesedaran berkaitan obesiti sebagai penyakit di kalangan pegawai dan pelajar UPM dapat ditingkatkan.

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UPM, Prof. Dr. Nazamid Saari berkata MoU ini dapat mewujudkan Pendidikan Perubatan mengenai obesiti di Malaysia di portal universiti.

"Kerjasama MoU ini akan membolehkan perkongsian kepakaran, idea, maklumat, bahan pengajaran dan pendidikan perubatan dalam bidang obesiti khususnya mengenai subjek obesiti dan pengurusannya.

"Kerjasama ini akan memberi kesan positif kepada pelajar dan pegawai UPM memandangkan ia mampu memberi manfaat kepada UPM melalui perkongsian kepakaran, kemahiran dan peralatan dalam membangunkan platform pengajaran serta pembelajaran digital," katanya.

Tambahnya lagi, perkara ini turut melengkapkan profesional penjagaan kesihatan, pelajar perubatan dan dietetik dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk mendiagnosis, merawat dan merujuk pesakit obesiti.

MoU ini ditandatangani oleh Prof. Dr. Nazamid Saari serta Dekan FPSK, Prof. Dr. Zamberi Sekawi mewakili UPM, manakala Novo Nordisk Pharma (Malaysia) Sdn. Bhd diwakili oleh Naib Presiden dan Pengurus Besar Novo Nordisk Pharma, Richard Abela dan Pengarah unit obesiti Novo Nordisk, Patricia Tan. – UPM

SXEbGAt~