Dua Atlet Berjaya Gengam Ijazah | Universiti Putra Malaysia
» BERITA » Dua atlet berjaya gengam ijazah

Dua atlet berjaya gengam ijazah

Oleh Faizol Shariff PCCR


SERDANG, 16 Nov  – Bukan mudah untuk menumpukan pengajian dalam bidang akademik bagi dua atlet kebangsaan dengan mewakili negara dalam pelbagai kejohanan yang memerlukan pengorbanan besar.

Atlet tersebut, Bibi Nuraisyah (lontar peluru) dan Jonathan Wong Guanjie (menembak) akhirnya berjaya menamatkan pengajiannya dengan mendapat Bacelor Pendidikan Jasmani pada Majlis Kovenkesyen Universiti Putra Malaysia (UPM) ke-43 hari ini. 

Kedua-dua mereka ketika ditemui berasa lega dapat menamatkan pengajiannya mengikut waktu yang telah ditetapkan. 

Bibi Nuraisyah yang pernah mewakili Malaysia dalam kejohanan Sukan SEA 2017 dan telah membantu UPM memenangi pingat emas dalam kejohanan MASUM dan SUKIPT berkata dorongan kuat beliau untuk terus berjaya ialah semangat yang diberikan oleh keluarga. 

Bibi kini menyambung pengajian dalam bidang Master Sains Sukan. 

Jonathan Wong Guanjie, Bacelor Kejuruteraan Aeroangkasa  yang mewakili Malaysia dalam Sukan Olimpik Rio 2016 berkata beliau terpaksa memanjangkan tempoh pengajian lebih setahun kerana komitmen bersukan tetapi ia tidak menghalangnya untuk menamatkan pengajian.

Jonathan yang kini sedang giat menjalani latihan untuk persiapan ke Sukan Sea 2019 di Filipina berkata kejayaan boleh dikecapi sekiranya semangat juang demi negara terus diutamakan melebihi segalanya. - UPM

Tarikh Input: 18/12/2019 | Kemaskini: 18/12/2019 | hairul_nizam

PERKONGSIAN MEDIA

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1000
---
CUJWMA:12:43