
Lagu Raya satukan generasi, kekal relevan merentas zaman
Setiap kali menjelang Aidilfitri, irama lagu raya kembali bergema di radio, televisyen dan platform digital. Bagi masyarakat Malaysia, lagu raya bukan sekadar hiburan bermusim, malah menjadi simbol penyatuan pelbagai generasi yang berkongsi memori, emosi dan tradisi yang sama sejak dahulu hingga kini.

