PROJEK AMAL FOOD DI LAPPRENTI DAPUR RAKYAT, FSTM UPM | Universiti Putra Malaysia

PROJEK AMAL FOOD DI LAPPRENTI DAPUR RAKYAT, FSTM UPM

Pada 16 Julai 2018 L’apprenti Dapur Rakyat@UPM di Food 5 telah dibuka dengan rasminya oleh Ybhg. Prof. Dr. Nazamid Saari Dekan FSTM. Pada masa ini operasi L’apprenti Dapur Rakyat@UPM adalah dibawah tanggungjawab Pejabat Timbalan Dekan (Pembangunan dan Jaringan) Fakulti. Namun pada 1 Mac 2019 secara rasminya L’apprenti Dapur Rakyat@UPM adalah dibawah Jabatan Pengurusan dan Khidmat Makanan berikutan penstrukturan semula L’apprenti. Pihak Fakulti telah melancarkan satu (1) Projek Amal@Food@ di L’apprenti Dapur Rakyat@UPM bermula pada 26 Oktober 2018 dengan kaedah implimentasinya adalah seperti:-

i. Staf Fakulti/UPM akan membeli satu (1) pax untuk dirinya dan membayar satu (1) pax lagi untuk Projek Amal@Food untuk di dermakan atau di sedekahkan bagi produk makanan (Set Nasi Muafakat A @ B) kepada pelajar asnaf dan miskin di Fakulti dan UPM.
ii. Staf Fakulti/UPM boleh membayar lebih daripada satu (1) pax untuk program ini mengikut kemampuannya.
iii. Staf Fakulti/UPM juga boleh menyumbang secara ikhlas dalam tabung khas yang sediakan.
iv. Projek ini telah mendapat kerjasama dengan pihak WAZAN UPM.

2. OBJEKTIF

i. Membantu pihak fakulti dalam mencapai KPI penjanaan pendapatan yang berterusan serta dapat ’self-sustain’ melalui pengkomersialan.
ii. Menyediakan landasan kepada staf di Fakulti/UPM yang ingin membuat amal kebajikan berbentuk derma atau sedekah kepada pelajar asnaf dan miskin di dalam dan luar UPM
iii. Mengambil peluang yang mana faedahnya sangat banyak dan sangat dituntut di sisi agama Islam malah agama lain juga dituntut untuk membuat kebaikan..
iv. Memperkayakan program amal di Universiti dan membangunkan program amal kebajikan seumpamanya di Fakulti secara berterusan dalam membantu pelajar asnaf dan miskin di Fakulti untuk terus mendapatkan sumbangan berbentuk makanan.

3. TEMPAT
Projek ini telah dilaksanakan hanya di L’apprenti Dapur Rakyat@UPM Food 5 Fakulti. Sumbangan daripada projek ini telah diedarkan kepada pelajar asnaf/miskin UPM melalui Pejabat WAZAN UPM dan Pertubuhan Kebajikan Nur Ain Bangi pada setiap hari Jumaat antara 25 hingga 100 pek makanan telah diserahkan bergantung kepada jumlah sumbangan yang diterima.
4. MASA
Edaran ini akan diserahkan antara jam 11.00 pagi hingga 12.00 tengahari setiap hari Jumaat dimana pihak WAZAN UPM dan Pertubuhan Kebajikan Nur Ain Bangi akan mengambil pek makanan tersebut di L’apprenti Dapur Rakyat@UPM.

5. TARIKH
Pada 25 Januari 2019 (Jumaat) bertempat di Pertubuhan Kebajikan Nur Ain Bangi, Majlis Perasmian penyerahan edaran makanan telah dibuat. Dimana majlis penyerahan ini telah diwakili oleh Encik Md Nizam Mahat @ Ibrahim selaku ketua projek.
Projek ini telah bermula pada 26 Oktober 2018 sehingga 13 Mac 2020. Projek ini tertangguh kerana penularan Covid-19 dan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac 2020 seluruh negara. Projek ini akan diteruskan dengan semula selewat-lewatnya pada bulan Julai 2020 nanti di seluruh outlet L’apprenti berikutan arahan kerja sepenuhnya telah di keluarkan oleh pihak UPM yang berkuatkuasa pada 15 Jun 2020.

6. STAF YANG TERLIBAT
Projek ini di ketuai oleh En. Md Nizam Mahat @ Ibrahim sebagai Pegawai Sains/Ketua Jenama L’apprenti dan dibantu oleh semua staf sokongan di Jabatan Pengurusan dan Khidmat Makanan, FSTM.

7. ANGGARAN NILAI SUMBANGAN
Anggaran nilai sumbangan pek makanan yang telah diserahkan sejak projek bermula sehingga Mac 2020 adalah melebih RM 10,000.00.

Date of Input: 05/08/2021 | Updated: 05/08/2021 | shuhada_md

MEDIA SHARING

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1000
---
CUKQUAN:20:45