Perpustakaan | Universiti Putra Malaysia
» PERKHIDMATAN » Perpustakaan » Perpustakaan

Perpustakaan


Perpustakaan Sultan Abdul Samad, UPM merupakan mercu tanda ketamadunan dan gapura ilmu yang wujud di Universiti ini. Ia mempunyai dua blok bangunan khusus dengan keluasan keseluruhan sebanyak 19,007 meter persegi. Perpustakaan ini menyediakan lebih kurang 2,000 tempat duduk, tidak termasuk kemudahan bilik karel, bilik mesyuarat, bilik perbincangan, auditorium dan sebagainya. Rak-rak buku berupaya menampung lebih 600,000 naskhah bahan.

Bersesuaian dengan peranannya sebagai gedung ilmu untuk mengasah minda masyarakat kampus, perpustakaan telah dijadikan nukleus kompleks akademik Universiti. Kedudukannya yang dikelilingi oleh fakulti-fakulti adalah untuk memudahkan para pelajar dan pensyarah mengunjungi perpustakaan ini. Bangunannya yang tersergam indah serta kemudahan yang serba lengkap menjadikannya tumpuan masyarakat kampus.

Perkhidmatan yang ditawarkan adalah berorientasikan pengguna. Malah, untuk meningkatkan kepuasan pengguna dalam pencarian maklumat, berbagai-bagai kemudahan berasaskan teknologi komputer disediakan. Di antaranya adalah katalog berkomputer yang diperkenalkan pada tahun 1989, pangkalan data atau jurnal atas talian dan e-buku.

Antara perkhidmatan yang disediakan ialah perkhidmatan pinjaman, pembaharuan dan pemulangan buku, perkhidmatan rujukan, pembekalan dokumen, pendidikan jarak jauh, penelitian maklumat, literasi maklumat, pustakawan penghubung.

Terdapat pelbagai kemudahan yang memberikan keselesaan kepada pengguna seperti hotspot (wifi), mesin pinjaman layan diri, bilik karel, bilik perbincangan, kotak pemulangan buku, audoturium, bilik pandang dengar, bilik muzik, ruang menonton, surau, bilik simpan barang, bilik latihan, bilik rujukan elektronik, laci berkunci Anjung Siswazah, faksimile, salinan foto dan cetakan berkomputer.

Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini bagi melayari laman web rasmi Perpustakaan Sultan Abdul Samad.

Selain perpustakaan induk, terdapat empat perpustakaan cawangan iaitu Perpustakaan Perubatan Veterinar, Perpustakaan Perubatan dan Sains Kesihatan, Perpustakaan Kejuruteraan dan Seni Bina, Perpustakaan Kampus Bintulu, Sarawak.

Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini bagi melayari laman web rasmi perpustakaan-perpustakaan berkenaan.


Kemaskini:: [ali_bakri]

PERKONGSIAN MEDIA

LIHAT JUGA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1000
+603 8948 7273
B1566639147