| Universiti Putra Malaysia

YATIM PIATU BUKAN PENGHALANG UNTUK BERJAYA

Oleh: Nursyafiqa Razali
Pelajar Bacelor Sains Pembangunan Manusia

SERDANG, 24 MAC­ – Sifat tidak mudah berputus asa dan sentiasa mengingati pengorbanan oleh kedua ibu bapa menjadikan asbab kepada Muhammad Hafizuddin bin Ahmad, 25 untuk meneruskan perjuangannya dalam akademik dan kehidupan.

“Bagi saya sememangnya ketiadaan kedua ibu bapa dapat mengurangkan sokongan moral saya. Ia juga bukan satu kekurangan kerana terdapat banyak lagi perkara lain yang boleh mengelakkan kita fokus pada sesuatu yang mematahkan semangat kita”, katanya.

Demikian adalah kata-kata dari graduan yang berjaya memperolehi Bacelor Sastera Bahasa Arab dengan Kepujian pada hari ini dalam Majlis Konvokesyen Universiti Putra Malaysia (UPM) yang ke-45.

Graduan yang berasal dari Terangganu ini juga menceritakan sedikit latarbelakang dirinya iaitu “saya mampu berusaha sendiri untuk mencari kewangan dan saya amat mementingkan adab terhadap pensyarah di mana saya sentiasa menghormati guru dan pensyarah”.

Menurut Hafizuddin, beliau aktif bermain bola sepak di UPM, malangnya disebabkan kecederaan di bahagian lutut menyebabkan beliau tidak terpilih mewakili UPM. Tambahnya lagi, beliau pernah mengikuti Program Mobiliti Pelajar ke Jordan dan Indonesia.

“Pengalaman saya selama sebulan di Jordan adalah pengalaman yang amat berharga iaitu dari segi budaya, makanan, penggunaan tatabahasa dalam Bahasa Arab yang lebih tinggi, tempat-tempat keajaiban dunia dan pengalaman manis bersama rakan-rakan sepanjang berada di Jordan. Bagi saya itulah pengalaman yang berharga dan tidak akan saya perolehi lagi pada masa akan datang”.

Apabila ditanya mengenai cara pembelajaran pula beliau menjawab “saya mengaku saya bukanlah seorang pelajar yang terlalu minat belajar tetapi saya akan berkawan dengan orang-orang yang boleh berkongsi ilmu dan membimbing saya sepanjang pengajian saya”.

“Nasihat saya kepada semua mahasiswa di luar sana supaya jangan mudah berputus asa kerana setiap ujian yang datang memberi hikmah dan kemanisan yang tersendiri”. UPM

SXDdMA2~