| Universiti Putra Malaysia

WAZAN dan Naib Canselor UPM hulur bantuan pelajar kemalangan di Kuala Kubu Bharu

Oleh: Nurul Ezzaty Mohd Azhari
Foto: Izrul Abdul Jabar

Kuala Kubu Bharu, 14 Ogos - Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), YH. Dato’ Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman bersama Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN) UPM menyantuni pelajar semester lapan, Bacelor Pendidikan Sains Rumah Tangga, Fakulti Pengajian Pendidikan (FPP), Nur Miza Adnin Abd Halim yang terlibat dengan kemalangan jalan raya baru-baru ini di Jalan Gombak,Kuala Lumpur.

Nur Miza yang tinggal di Kuala Kubu Bharu, Selangor mengalami kecederaan tulang leher dan tulang selangka yang patah akibat kemalangan.

Dalam sesi menyantuni tersebut, YH Dato’ Prof. Dr. Mohd Roslan turut meluangkan masa bersama-sama keluarga Nur Miza dan pihak WAZAN UPM memberi sumbangan bagi memastikan setiap keperluan dan kebajikannya diutamakan.

Turut hadir, Pengarah WAZAN UPM, Prof. Madya Dr. Mohd Daud Awang dan Ketua Seksyen Dakwah dan Pemasaran WAZAN, Mohd Rizal Helmi A Razak.

SXFOFA~